GAYA HIDUPDaging Salai Serai

Daging Salai Serai

Kepada peminat gulai, lauk daging gulai serai ini mungkin boleh dijadikan hidangan tengahari sekeluarga hari ini. Resepi yang dikatakan popular di Negeri Sembilan ini menggabungkan kuah lemak dan daging yang disalai disertakan bersama cili untuk menambah rasa pedasnya. Sememangnya enak dimakan bersama nasi panas dan roti.

Bahan-Bahan

200g daging lembu, dipotong kecil, dicuci dan ditoskan

2 biji kentang, dikupas kulit dan dibelah enam

2 biji bawang besar

5 ulas bawang putih

1 inci halia

1 inci kunyit

10 biji cili kering, dipotong dan direndam dalam air panas

2 batang serai

1 sudu teh biji ketumbar

1 sudu teh jintan manis

1 sudu teh jintan putih

200g santan

1/2 cawan susu cair

2 keping asam gelugur

2 sudu kecil garam

Cara-Cara

Langkah pertama, kisar bawang besar, halia, kunyit, cili kering, bawang putih, serai, jintan putih, jintan manis bersama sedikit air hingga hancur.

Kemudian, satukan daging, bahan-bahan yang telah dikisar, air serta santan dan masak hingga daging 3/4 masak.

Selepas itu, masukkan kentang, garam, asam gelugur ke dalam gulai. Jika air kurang boleh tambah lagi dan masak sehingga daging empuk dan santan telah mengeluarkan minyaknya.

Akhir sekali, masukkan susu cair dan apabila kuah sudah mendidih dan pekat, tutup api.
Hidangkan hidangan ini bersama nasi atau roti.

Artikel ini telah disiarkan di butterkicap.com

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Takhta Negeri Sembilan kembali ke Pangkuan Adat, manakala ‘Pakar Perlembagaan’ menangis di sudut

Cuti panjang & pelancongan domestik meningkat

Cuti sekolah Malaysia pacu pelancongan di Betong

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami