BERITANahas helikopter: 21 orang sudah rakam percakapan

Nahas helikopter: 21 orang sudah rakam percakapan

AMPANG JAYA: Seramai 21 saksi sudah dirakam percakapan bagi membantu siasatan berhubung nahas helikopter di Taman Melawati di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihak forensik dari Bukit Aman juga melakukan pemeriksaan lanjut ke atas bangkai helikopter yang terhempas.

“Semua saksi berkenaan dipanggil memberi keterangan bagi membantu melengkapkan siasatan laporan mati mengejut (SDR).

“Orang ramai juga dinasihatkan tidak mengedarkan video atau gambar berkaitan insiden di media sosial, bagi mengelakkan spekulasi dan komen yang tidak wajar serta mengganggu siasatan,” katanya.

Ahad lalu, jurulatih penerbangan, Komander (B) Mohamad Sabri Baharom dan Mohd Irfan Fikri Mohamed Rawi, 41, meninggal dunia selepas helikopter dinaiki mereka terhempas di Jalan Melawati, Ampang pada 11.30 pagi.

Helikopter jenis G2CA itu dipercayai dalam penerbangan latihan dari Subang menuju ke Genting Sempah.

Kejadian itu juga mengakibatkan dua lagi penumpang yang menaiki helikopter berasingan selamat dikenali sebagai Datuk Ahmad Jauhari Yahya, 66, dan Tan Chai Eian, 51.

Kemalangan itu akan dijalankan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) Kementerian Pengangkutan.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami