Ulama tersohor Syria selamat disemadi - pakdin.my

Ulama tersohor Syria, Syeikh Dr. Muhammad Said Ramadhan Al-Buti selamat disemadikan di perkarangan Masjid Al-Umawi.

Pihak berkuasa mengenakan kawalan keselamatan ketat sepanjang majlis pengkebumian tersebut.

Suasana sedih dan pilu menyelubungi mereka yang hadir dalam memberikan penghormatan yang terakhir.

Beliau disemadikan bersama cucunya berhampiran pusara pejuang Islam, Solahuddin Al-Ayubi.

Al-Buti dan cucunya terbunuh dalam serangan serangan bom ke atas Masjid Al Iman pada Khamis.

Serangan berlaku ketika Al-Buti menyampaikan pengajiannya di masjid berkenaan.

Insiden tersebut telah mengakibatkan 50 maut.

Susulan serangan itu Presiden Syria, Bashar Al-Assad mengulangi ikrarnya untuk terus memerangi pengganas.

Al-Buti, imam yang dilantik kerajaan Syria dan sering dikritik pergerakan pembangkang Syria, muncul dalam siaran televisyen tempatan setiap minggu bagi menyampaikan khutbah Jumaat.

Dalam khutbah mingguannya beliau pernah menggambarkan individu yang menentang Al-Assad sebagai ‘sampah.’

Beliau juga sering menggunakan kedudukan menggesa rakyat Syria menyertai pasukan tentera dan membantu Assad menentang musuh dalam pemberontakan yang tercetus.

Pendirian Al-Buti yang menyokong Bashar Al-Assad turut mendapat kritikan ulama lain termasuk ulama tersohor dunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi.

UTAMADUNIAUlama tersohor Syria selamat disemadi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium