BERITASeorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika bertugas di Pos M-15 sempadan Malaysia-Thailand, di Bukit Kayu Hitam, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 6.15 petang itu, anggota terbabit sedang melakukan kawalan di Pos M16 sebelum terkena tembakan secara tiba-tiba.

Sumber memaklumkan, anggota terbabit mengalami kecederaan ringan berikutan peluru yang dipercayai dilepaskan dari arah negara jiran terkena baju kalis pelurunya.

Difahamkan, anggota terbabit kini mendapat rawatan dan siasatan berhubung kejadian sedang dilakukan pihak berkuasa.

Ketua Polis Kedah, Datuk Hasanuddin Hassan mengesahkan kejadian dan berkata siasatan lanjut sedang dijalankan.

Ini adalah kejadian kedua membabitkan anggota PGA di sempadan Malaysia-Thailand diserang menggunakan senjata api.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.10 pagi semalam, Koperal Baharuddin Ramli, 54, terkorban manakala rakannya Koperal Norihan Tari, 39, mengalami kecederaan parah ketika berbalas tembakan dengan sekumpulan penyeludup di kawasan sempadan berhampiran Padang Besar.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Serangan bersenjata di sekolah Yarang, Pattani, Isteri anggota polis maut, bayi cedera,

Bagaimana Malaysia dan Thailand tangani kos sara hidup pada 2026?

[VIDEO] Api Musnahkan 22 Bot Laju di Phuket

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami