Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol - pakdin.my

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang wanita pada September tahun lalu.

Perintah reman terhadap suspek berusia 25 tahun yang juga bekas peserta rancangan realiti televisyen berbentuk keagamaan itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah, Mohd Zamir Suhaimee.

Terdahulu, suspek yang memakai baju berwarna hijau itu hadir ke Kompleks Mahkamah Shah Alam pada 9.45 pagi.

Beliau diwakili peguam, Syed Amirul Syed Edrus.

Semalam, suspek ditahan kira-kira 11 malam selepas tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, suspek ditahan selepas mangsa membuat laporan membuat laporan polis mengenai kejadian berkenaan pada 7.18 malam tadi.


BERITA SEBELUM:

Polis menahan seorang selebriti lelaki sebuah rancangan realiti televisyen ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, bagi memberi keterangan berhubung dakwaan merogol seorang wanita.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata, tangkapan itu dibuat susulan satu laporan dibuat oleh mangsa berumur 23 tahun itu, pada Rabu lepas mengenai kejadian berkenaan.

Beliau berkata, wanita tersebut mengenali suspek berumur 25 tahun itu menerusi laman sosial Instagram dan mereka telah berjumpa pada 11 Sept 2019 sekitar pukul 8 malam, untuk berbincang mengenai kaedah perubatan Islam bagi merawat masalah kemurungan dihadapi mangsa.

“Suspek telah membawa mangsa makan di satu kedai di sekitar Batu 3 Shah Alam, sebelum membawa wanita itu ke rumahnya di satu unit kondominium di Seksyen 7 di sini, dengan alasan untuk memberi penerangan bagaimana boleh keluar daripada masalah kemurungan.

“Semasa di kediaman tersebut, mangsa telah dirogol suspek. Keesokan harinya (12 Sept 2019) sekitar pukul 6.40 pagi, selebriti berkenaan memberi amaran kepada wanita itu supaya merahsiakan mengenai kejadian terbabit dan menghantarnya ke lobi kondominium untuk mangsa pulang ke rumah sewanya di Subang Jaya, menaiki kenderaan e-hailing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baharudin berkata susulan kejadian itu, mangsa dimasukkan ke Hospital Kajang pada 23 September 2019 kerana mengalami tekanan perasaan yang teruk, serta dirujuk untuk rawatan psikiatri.

Kata beliau, mangsa kemudiannya pulang ke rumah keluarganya di Triang, Pahang pada Oktober 2019 dan menyambung rawatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh.

“Mangsa ditahan di wad psikiatri selama lima hari. Pihak hospital itu juga mengatakan wanita berkenaan mengalami tekanan perasaan yang teruk serta trauma akibat insiden tersebut. Sehingga laporan polis dibuat, mangsa masih menerima rawatan susulan di hospital berkenaan,” katanya.

Baharudin berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. — Bernama

UTAMABERITAPendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium