BERITAPolis nafi PKPD di Selangor bermula hari ini

Polis nafi PKPD di Selangor bermula hari ini

Polis Selangor menafikan Perintah Kawalan Perintah Diperketatkan (PKPD) dilaksanakan serta-merta di semua pintu masuk dan keluar negeri ini bermula hari ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, ini berikutan penularan berita palsu dengan berlatar belakang siaran berita televisyen tempatan.

“Kenyataan yang dikeluarkan itu tidak benar.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar bertenang dan tidak mudah mempercayai serta terpengaruh dengan berita yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang perkongsian atau menyebarkan sesuatu berita dari sumber tidak sahih.

Noor Azam menegaskan perbuatan penyebaran sebegini boleh menyebabkan kegusaran di kalangan masyarakat dan boleh mengugat ketenteraman awam.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

UMNO, tak payah beriya sangat nak ‘Bersama’ PH – Kau hanya jadi mainan saja!

Anak Bekas Pemimpin Negara Ditahan Kerana Dadah

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

Mengenai kami