BERITAPOLITIKPAS mansuhkan jawatan penyelia DUN, Parlimen dimenangi UMNO, Bersatu

PAS mansuhkan jawatan penyelia DUN, Parlimen dimenangi UMNO, Bersatu

KOTA BHARU — Kerajaan PAS Kelantan akan memansuhkan jawatan pegawai penyelia yang dilantik bagi menguruskan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen yang dimenangi oleh UMNO dan Bersatu, mulai tahun depan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata sehubungan itu juga, kesemua peruntukan yang sebelum ini diuruskan oleh penyelia terbabit akan disalurkan terus kepada wakil rakyat yang berkenaan.

“Selama ini kita ada pegawai penyelia di kawasan DUN dan Parlimen yang kita kalah sama ada kepada UMNO atau Bersatu.

“Mengambil semangat kerjasama, mulai 2021 kerajaan negeri bersetuju untuk memansuhkan jawatan penyelia di kawasan itu bagi memberi ruang kepada wakil rakyat di situ untuk berperanan sama ada daripada UMNO dan Bersatu,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di Kota Darul Naim, di sini hari ini.

Beliau berkata individu yang memegang jawatan penyelia terbabit akan dilantik sebagai pegawai seranta di bawah Pejabat Menteri Besar.

“Jumlah penyelia yang dimansuhkan jawatan ini ialah mengikut kawasan yang tidak dimenangi oleh PAS seperti Parlimen Jeli, Machang, Tanah Merah, Ketereh, Gua Musang serta beberapa kawasan DUN seperti Kok Lanas dan Galas,” katanya.

— BERNAMA

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Menteri Kewangan 2 silap dalam memahami PN atau Sanad Li-Amr di Saudi sebagai Nota Peribadi

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami