BERITAPeralat wanita, Yadim bantah Malam Gala Miss World KL

Peralat wanita, Yadim bantah Malam Gala Miss World KL

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) membantah penganjuran Grand Final Gala Night bagi Miss/Mrs Plus World Malaysia 2020 yang bakal berlangsung pada 2 Jan tahun hadapan di sebuah hotel di ibu negara.

Yang Dipertua Yadim Nasrudin Hassan berkata pihaknya akan menghantar memo bantahan secara rasmi kepada penganjur dan pihak berkuasa tempatan berhubung perkara itu pada Isnin depan.

“Program itu bersifat eksploitasi terhadap wanita dan bersifat penyuburan kepada budaya hedonistik oleh tamadun yang telah pupus.

“Tambahan pula dalam keadaan pandemik Covid-19, sebarang bentuk perhimpunan tidak mendesak harus dielakkan kerana berisiko menularkan jangkitan virus itu walaupun jaminan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) telah diberikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Nasrudin berkata pihaknya menyeru kerajaan supaya mengambil langkah-langkah sewajarnya bagi memastikan program itu tidak dilaksanakan. — Bernama

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami