BERITAGol sendiri kecewakan United

Gol sendiri kecewakan United

LEICESTER: Manchester United melepaskan kesempatan untuk merapatkan jurang dua mata dengan pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool selepas sekadar terikat 2-2 menentang Leicester City sebentar tadi.

The Red Devils melakukan lapan perubahan daripada skuad yang menewaskan Everton pada aksi suku akhir Piala Liga, pertengahan minggu lalu dalam pertemuan tempat kedua dan ketiga liga itu.

Percaturan itu menjadi apabila Marcus Rashford meledak gol ke-13 musim ini apabila melakukan penyudah kemas menewaskan Kasper Schmeichel untuk gol pertama United pada minit ke-23.

Bagaimanapun, kedudukan itu tidak bertahan lama apabila Harvey Barnes kemudiannya mengikat kedudukan selepas Bruno Fernandes kehilangan bola dalam kawasan sendiri pada minit ke-31.

Namun, pemain dari Portugal itu menebus kesilapannya apabila menyumbat gol kedua United pada minit ke-79 selepas menyempurnakan hantaran Edinson Cavani.

Hasrat United meraih mata penuh bagaimanapun lebur apabila Axel Tuanzebe menjaringkan gol sendiri, selepas bola terbias daripada percubaan Jamie Vardy, lima minit sebelum tamat perlawanan. -Agensi

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami