UtamaNAJIB RAZAK Pendakwa raya gagal...

[Video] Pendakwa raya gagal bukti wang ada kaitan 1MDB – Najib - pakdin.my

Kemenangan Besar Buat Saya!
Pendakwa Raya Gagal Bukti Wang yang dirampas Ada Kaitan 1MDB.

……….
“Hakim Muhammad Jamil Hussin berkata Jabatan Peguam Negara (AGC) gagal membuktikan RM114 juta itu ada kaitan dengan skandal penyelewengan dana 1MDB.

Beliau berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan wang tunai yang dirampas adalah dana yang diperoleh dari kesalahan pecah amanah (CBT).”

Alhamdulillah. Kebenaran memperolehi kemenangan hari ini.

Hakim putuskan dana tersebut tidak boleh disita kerajaan namun peguam saya percaya kerajaan akan fail permohonan kepada mahkamah dalam masa terdekat untuk halang secara sementara dana itu dipulangkan kepada kami.

Seperti yang saya telah beberapa kali jelaskan sejak 3 tahun dahulu, wang tersebut sebenarnya dipindah dari peti besi PMO pada malam kita kalah PRU14 dan diletakkan sementara di condo sebelum disita pada hari kemudiannya.

Kerajaan PH tahu ianya dipindah dari PMO ke sana tapi mereka tetap sita sebab nak mainkan propaganda bahawa Najib korup dan curi ratusan juta cash dari 1MDB untuk simpan di rumah biarpun kondo tersebut bukan kediaman saya.

Wang tersebut adalah sumbangan politik bagi kita menghadapi PRU14 dan ianya diterima dari pelbagai pihak termasuk VVIP amat terkenal.

Dari dulu lagi, senarai penyumbang sudah diberi saya kepada pihak polis dan penyumbang juga telah mengaku kepada polis apabila dipanggil.

Mana mungkin BN tak ada cash tunai untuk berkempen dalam PRU14?

Semua parti juga ada. Perbezaan cuma dalam beza saiznya.

Kita tanding 222 parlimen dan 505 kawasan DUN. Jumlah 727.

RM114 juta bahagi 727 kawasan adalah sebanyak RM156k sahaja bagi setiap kawasan yang ditanding.

Selama 3 tahun, saya bertahan walaupun difitnah dan dimaki pihak sebelah sana berhubung kes ini. Akhirnya terbukti juga bahawa apa yang saya jelaskan berulang-kali secara konsisten sejak 3 tahun dahulu adalah kebenaran.

Kes dana yang disita sudah selesai. Bukan duit 1MDB atau hasil jenayah.

Kes barang kemas dan handbeg yang disita bersama wang tunai tersebut masih tunggu keputusan tapi sehingga kini, pendakwa raya juga gagal membuktikan ianya hasil dari 1MDB atau hasil jenayah.

Malah, pihak polis sendiri mengaku dalam affidavit sendiri bahawa kebanyakannya adalah hadiah peribadi yang dikumpul sejak puluhan tahun dahulu kepada ahli-ahli keluarga saya.

Berkaitan

Baca Juga

Renjer maut, 9 cedera letupan berkembar di Sungai Padi, Narathiwat

Seorang renjer tentera terbunuh, manakala tujuh anggota polis dan dua orang awam cedera dalam letupan bom di sebuah kebun getah dalam daerah Sungai Padi,...

Kerajaan lambat, penternak tanggung akibat apabila sekatan ditarik, kata pembekal ayam

Ayam memerlukan perancangan 40 hari bukannya serta-merta. Ketiadaan jawapan daripada kerajaan menyebabkan penternak kerugian kerana tidak dapat merancang untuk memenuhi permintaan baharu dari...

[VIDEO] Murid Tahun Enam Guna Telefon Bimbit Sedang Dicas Maut Dipanah Petir

GUA MUANG: Polis mengesahkan kematian kanak-kanak 12 tahun yang maut ketika menggunakan telefon bimbit, di sini, semalam 15 Ogos 2022 adalah akibat renjatan elektrik...

[VIDEO] Wanita warga emas hilang dijumpai semula lepas 5 hari

BATU PAHAT – Wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari daun kelapa sawit untuk dijadikan penyapu lidi pada 10 Ogos lalu ditemui...

[VIDEO] Bekas pengarah urusan BNS didakwa pecah amanah RM21.08 juta

Bekas Pengarah Urusan Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd  (BNS) Tan Sri Ahmad Ramli Mohd Nor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas...

Projek LCS: Bekas pegawai BNS akan didakwa dibawah CBT pada 16 Ogos

Seorang bekas pegawai tinggi Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan didakwa atas tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) berhubung skandal Littoral Combat Ship (LCS)...

[VIDEO] Atlet Muay Thai meninggal dunia selepas pukulan knockout petinju Malaysia

Seorang petinju dari Thailand yang juga peserta Kejohanan Muay Thai Ambang Merdeka 2022 di Padang Kolej Uniti Kota Bharu, Kampung Che Deris Badang di...

[VIDEO] Penduduk teruja lihat kapal layar mewah RM200 juta

KANGAR: Kehadiran sebuah kapal layar mewah jenis Adastra di muara Sungai Perlis, Kuala Perlis berhampiran Terminal Feri Kuala Perlis, di sini semalam ternyata menggamit...

[VIDEO] Pengkid berpakaian ihram boleh terkeluar Islam, murtad

Tindakan individu didakwa wanita berperwatakan lelaki berpakaian ihram di hadapan kaabah boleh dianggap sebagai mempersendakan agama yang dikhuatiri menyebabkan dia terkeluar daripada landasan Islam. Mufti...

[VIDEO] Salman Rushdie parah, perlukan mesin ventilator

WASHINGTON – Pengarang Britain, Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan berisiko hilang satu mata selepas ditikam berulang kali dalam satu acara kesusasteraan di...

[VIDEO] Tekong darat pandu 30km lawan arus bawa enam PATI dicekup

GUA MUSANG: Tindakan nekad seorang tekong darat yang membawa enam pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Myanmar melarikan diri sejauh 30 kilometer (km) membawa...

Parti Liar: Datuk Seri antara 25 ditahan di Janda Baik

BENTONG -- Seorang lelaki bergelar “Datuk Seri” merupakan antara 25 individu ditahan dalam “parti liar” di sebuah banglo yang disewa di Janda Baik, Bukit...