UtamaNASIONALParlimen perlu bersidang segera,...

Parlimen perlu bersidang segera, elak dana negara diguna sesuka hati - pakdin.my

Apa sudah jadi dengan negara ini apabila dilihat semakin rakus menjarah dana dan simpanan negara termasuklah dana yang diperuntukkan bagi Tabung amanah masa depan negara iaitu KWAN turut mahu digunakan? Perkara ini perlu dipertikai dan dibahaskan oleh Ahli-ahli Parlimen yang telah dipilih rakyat tetapi malangnya Parlimen pula digantung.

Jadi apa pilihan yang tinggal pada rakyat? Adakah hanya bersabar dan tunggu Parlimen dibubarkan kerana nampaknya Parlimen tidak akan bersidang dalam waktu yang terdekat walaupun telah diperkenan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong untuk bersidang ketika darurat.

Hendak menunggu UMNO menarik sokonganpun tidak tahu bila lagi akan berlaku, itupun belum tentu semua menteri-menteri akan akur semuanya. Sepatutnya masa inilah sokongan ditarik malah UMNO sendiri dapat melihat siapa Ahli-ahli Parlimen termasuk menteri dan pengerusi GLC yang sebenarnya tidak lagi bersama UMNO dan hanya berpura-pura.

Jika rakyat hendak menunggu Parlimen dibubarkan juga pasti selepas bulan Ogos kerana Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telahpun berjanji dan jamin akan membubarkan Parlimen sebaik sahaja darurat ditamatkan pada Ogos ini, itupun jika ia tidak disambung lagi.

Pilihan raya akan diadakan sebaik sahaja jawatankuasa (yang akan ditubuhkan) dapati pandemik reda atau pulih sepenuhnya dan pilihan raya selamat diadakan. Ini komitmen dan janji saya yang akan ditunaikan. In sha Allah,” – Ucapan sehala Perdana Menteri dalam pengumuman langsung mengenai proklamasi darurat yang akan berkuatkuasa sehingga 1 Ogos.

Sungguhpun begitu rakyat tetap skeptikal dengan jaminan yang diberikan ini kerana “Timbalan Perdana Menteri” Datuk Seri Azmin Ali telahpun berdolak-dalik dengan berkata PRU hanya akan diadakan di akhir penggal pada tahun 2023. Rujuk artikel, “Tangguh Undi-18 Relevan Kerana PRU-15 Diadakan Pada 2023” di pautan;

http://www.pnbbcportal.com/2021/03/26/penangguhan-undi-18-relevan-kerana-pru-15-akan-diadakan-pada-2023/

Jika begitu, apa yang menjadi kemusykilan ialah sementara menunggu Parlimen bubar atau bersidang paling awalpun pada Ogos ini, maka dana apa lagi yang akan dijarah selepas ini? Apatah lagi jika diadakan sehingga tamat penggal dalam dua tahun lagi seperti kata Azmin maka tentu lagi banyak dana akan diperlukan.

Pinjaman apa dan daripada mana lagi akan cuba ‘dikorek’ oleh kerajaan sesuka hati kerana pelaburan masuk ke negara ini sudahpun lari? Akta mana lagi selepas ini akan dipinda untuk berbelanja sesuka hati tanpa pantauan Parlimen? Atau adakah sebenarnya hutang RM1 trilion yang sering dimanipulasi oleh Pakatan Harapan sebelum ini sedang cuba dicapai oleh Perikatan Nasional?

Selain itu, kenapakah Parti Islam SeMalaysia (PAS) tidak nampak dan menegur hal ini? Tidak mungkin cerdik pandai dan alim ulamak di dalamnya tidak merasakan rakyat ditindas dan demokrasi dibisukan melainkan mereka sendiri reda dan setuju dengan apa sahaja yang berlaku?

Tetapi tidak mengapa, walaupun pemimpin-pemimpin PAS sendiri mungkin tidak yakin dengan janji-janji Allah, tidak fikirkan dosa pahala, tidak kisah sama ada kerajaan berlaku adil ataupun tidak kerana masing-masing teruja apabila dapat merasa nikmat menjadi kerajaan dengan gaji berpuluh ribu sebulan, namun rakyat yang tidak menjadi ahli parti Islam tersebut yakin dengan janji Allah Taala iaitu jika tidak di dunia, pembalasan di akhirat itu pasti. Tidak perlupun untuk jadi ahli atau sokong PAS untuk faham hal ini.

Kesimpulannya, rakyat tidakpun bersangka buruk dengan kerajaan walaupun Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin awal-awal lagi sudah berkata bahawa  “tiada niat jahat di sebalik pengisytiharan darurat” tetapi kerajaan perlulah membenarkan demokrasi ‘bernafas’ dengan setidak-tidaknya membenarkan Parlimen bersidang.

Barulah betul tiada niat jahat atau agenda tersembunyi di sebalik pengisytiharan darurat seperti retorik Muhyiddin.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...

Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan

Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lelaki itu yang...

[VIDEO] Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera

BANGKOK – Seorang mangsa meninggal dunia dan lebih 24 orang cedera di Thailand selepas bom kereta meletup di luar fasiliti polis hari ini, kata...

[VIDEO] Gempa bumi Cianjur: Sekurang-kurangnya 103 orang maut, kebanyakannya kanak-kanak

Kebanyakan mangsa yang maut akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, dianggap sebagai kanak-kanak. "Kebetulan waktu bertepatan dengan mengaji di madrasah diniyah dan...

#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hilang wang pertaruhan dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu hanya mendapat  4,566 undi,...

Syarikat induk Facebook, Meta berhentikan lebih 11,000 pekerja

Meta Platforms Inc, syarikat induk Facebook pada Rabu , berkata, syarikat itu akan memberhentikan 13 peratus kakitangannya atau lebih daripada 11,000 pekerja. Pemberhentian beramai-ramai itu...

#PRU15: Manifesto Temberang GTA ikrar letak Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM bawah Parlimen

Kebodohan dan kepura-puraan dalam janji manifesto ini tidak boleh disangkal lagi. Mahathir berkata jika GTA memenangi PRU15, mereka berjanji untuk meletakkan pelantikan dan pemantauan Ketua...

Orang ramai sepatutnya berhenti menyumbang dana kepada DAP-PH

Mereka terus berbohong kononnya mereka miskin tetapi pengisytiharan aset mereka menunjukkan sebaliknya. Anwar isytihar aset bernilai RM12 juta, Ngeh Koo Ham RM82 juta, Rafizi RM19...

Siasatan SPRM ke atas hakim SRC – Mahkamah Persekutuan tangguh penghakiman

Dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah ketika mereka...