UtamaNUSANTARAS'pura lapor 23 kes...

S’pura lapor 23 kes baru COVID-19 dalam masyarakat termasuk 2 bayi - pakdin.my

SINGAPURA: Singapura melaporkan 23 kes baru COVID-19 dalam masyarakat setakat tengah hari Sabtu (29 Mei).

Sebanyak 19 jangkitan berhubung kait dengan kes-kes sebelumnya, termasuk 13 yang sudahpun dikuarantin. Baki enam kes dikesan menerusi ujian pengawasan.

Dalam kemas kini awal hariannya, Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan empat jangkitan tidak menunjukkan sebarang kaitan dengan kes sebelumnya.

Terdapat juga 10 kes import yang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik sahaja tiba di Singapura. Lima daripada mereka adalah rakyat atau penduduk tetap.

Tiada jangkitan baru dilaporkan dalam dormitori pekerja hijrahan.

Secara keseluruhannya, terdapat 33 kes baru COVID-19 yang dilaporkan di Singapura pada Sabtu.

KELOMPOK PEKERJA PEMBERSIHAN HONG YE GROUP

Lapan kes baru dikaitkan dengan kelompok pekerja pembersihan Hong Ye Group, membawa jumlah jangkitan kepada 17. Mereka semuanya adalah anggota keluarga atau kontak serumah kes sedia ada yang berhubung kait dengan kelompok itu.

Daripada jumlah itu, tujuh sudahpun dikenakan kuarantin.

Dua daripada kes itu berkait kelompok pelajar di Sekolah Rendah Boon Lay Garden. Mereka kali terakhir berada di sekolah pada 18 Mei.

Salah seorang daripada mereka ialah kanak-kanak berusia tujuh tahun dan satu lagi berumur sembilan tahun. Kedua-dua budak perempuan itu dikuarantin pada 24 Mei dan mengalami demam pada 26 Mei tetapi tidak melaporkan simptom mereka.

Mereka diuji positif COVID-19 pada 28 Mei dan hasil ujian serologi mereka masih ditunggu.

Dua bayi juga dikesan dalam kalangan kes itu – seorang berusia 1 tahun mengikuti kelas di Little Explorers Cove @ Boon Lay. Dia kali terakhir berada di sekolah pada April.

Seorang lagi adalah bayi berusia lapan bulan yang tidak dihantar ke mana-mana kemudahaan tajaka. Kedua-duanya dikuarantin pada 24 Mei. Bayi perempuan berusia lapan bulan itu demam pada 24 Mei manakala bayi lelaki berusia setahun itu demam pada 27 Mei namun simptom mereka tidak dilaporkan.

Kedua-duanya diuji positif pada 28 Mei dan hasil ujian serologi mereka masih dinantikan.

Satu kes dikesan menerusi ujian pengawasan melibatkan seorang pelajar Singapura berusia 13 tahun dari Sekolah Rendah Xinghua. Dia kali terakhir pergi ke sekolah pada 18 Mei.

Murid perempuan itu demam pada 27 Mei dan mendapatkan rawatan di sebuah klinik GP pada hari yang sama di mana dia diuji bagi COVID-19. Budak itu dikuarantin pada 28 Mei dan hasil ujiannya kembali positif pada hari yang sama.

GURU SEKOLAH ROSYTH ANTARA KES TIADA KAITAN

Empat kes baru COVID-19 dalam masyarakat tiada hubung kait, dengan salah seorangnya wanita Singapura berusia 40 tahun yang bertugas sebagai guru di Sekolah Rosyth. Beliau kali terakhir berada di sekolah pada 18 Mei dan sudahpun menerima kedua-dua dos vaksin.

Wanita itu mengalami hidung tersumbat pada 25 Mei dan selesema pada keesokan harinya. Beliau kemudian mendapatkan rawatan perubatan di sebuah klinik GP pada 26 Mei.

Beliau diuji positif dalam ujian pantas antigen pada 27 Mei dan diasingkan dengan segera. Pada hari yang sama, beliau mengalami demam.

Pada 28 Mei, ujian tindak balas rantaian polimerase (PCR) beliau kembali positif COVID-19.

Kes kedua yang tiada kaitan melibatkan seorang wanita Singapura berumur 49 tahun yang bekerja di Eng Soon Chair & Table Hire Service. Beliau bekerja dari rumah.

Wanita itu mengalami demam dan sakit tekak pada 23 Mei serta batuk pada 25 Mei tetapi tidak mendapatkan rawatan perubatan sehingga 27 Mei apabila beliau mengunjungi sebuah klinik GP. Beliau diuji positif COVID-19 pada keesokan harinya. Hasil ujian serologinya masih ditunggu. Beliau sudah menerima dos pertama vaksin COVID-19 pada 18 Mei.

Baki dua kes tidak berhubung kait adalah rakyat Malaysia.

Seorang merupakan penolong dapur berusia 33 tahun di Hua Zai Eating House manakala seorang lagi adalah tukang masak berumur 23 tahun di West Grill Station (Anchorvale). Kedua-dua mereka diuji positif COVID-19 pada 29 Mei dan hasil ujian serologi mereka masih ditunggu.

3 PESAKIT DI ICU

Secara keseluruhan jumlah kes baru dalam masyarakat merosot kepada 138 kes pada minggu lalu berbanding 199 minggu sebelumnya.

Jumlah kes tidak berhubung kait dalam masyarakat juga merosot kepada 23 kes pada minggu lalu daripada 48 kes minggu sebelumnya.

Antara 204 kes yang dilaporkan dari 23 Mei hingga 29 Mei, 42 kes diuji positif bagi ujian serologi mereka, 113 kes diuji negatif manakala hasil ujian bagi 49 kes masih dinantikan.

Dalam pada itu lagi 16 pesakit dibenarkan pulang dari hospital atau kemudahan pengasingan masyarakat membawa jumlah pesakit yang sudah sembuh kepada 61,423.

Masih terdapat 226 kes di hospital dengan tiga pesakit berada di unit jagaan rapi.

322 kes lagi diasingkan atau dijaga di kemudahan masyarakat.

LANGKAH PENGURUSAN SELAMAT BERHASIL BUAT MASA SEKARANG

Langkah pengurusan selamat COVID-19 lebih ketat berhasil buat masa sekarang dan tiada keperluan untuk “memperketat pendekatan” itu sekarang, umum Menteri Kewangan Lawrence Wong pada Jumaat (28 Mei).

Encik Wong, yang merupakan pengerusi bersama pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) COVID-19, berkata demikian semasa mengumumkan lebih banyak langkah sokongan untuk perniagaan yang terjejas oleh sekatan sekarang sewaktu tempoh Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat), yang akan dikuat kuasakan hingga 13 Jun.

“Penilaian kami adalah bahawa langkah-langkah tersebut berhasil, dan berkesan dalam mengekang penularan virus,” katanya. “Kami terus memantau situasi dengan sangat teliti.”

Beliau menambah bahawa Pemerintah akan memberikan kemas kini terperinci pada Isnin di sidang media MTF seterusnya.

Setakat Sabtu, Singapura melaporkan 62,003 kes COVID-19 dengan 32 kematian.

– CNA/FZ/fz

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...