UtamaNASIONALMARIA stabilkan pesakit kritikal...

MARIA stabilkan pesakit kritikal COVID-19 di PKRC MAEPS - pakdin.my

SERDANG, 30 Mei — Di celah-celah bangunan di kawasan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Bersepadu 2.0 Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), terletak satu khemah gelembung udara tekanan negatif yang didalamnya persis keadaan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital, dengan peralatannya serta terdapat pesakit.

Dilengkapi empat katil, enam kerusi dan peralatan untuk resusitasi seperti di ICU, khemah MAEPS Acute Resuscitation And Isolation Area (MARIA) ini bertindak umpama ICU sementara yang mampu menempatkan 10 pesakit kritikal COVID-19 kategori 4 pada satu-satu masa yang perlu distabilkan dan memerlukan bantuan oksigen sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Timbalan Pengarah 1 Klinikal PKRC MAEPS Dr Marzilawati Abd Rahman berkata sekiranya keadaan pesakit COVID-19 kategori 1, yakni yang tidak bergejala; kategori 2 (gejala ringan) dan kategori 3 (pesakit dengan radang paru-paru) di PKRC MAEPS berubah menjadi teruk; mereka akan dimasukkan ke MARIA untuk di “resus” (resusitasi) dan distabilkan sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

“Tempoh masa pesakit yang kami resus dan rawat sebelum dihantar ke hospital adalah dalam masa enam jam, namun ketika ini jumlah kes amat tinggi, jadi ada juga kes yang kami terpaksa ‘tahan’ sehingga 12 jam sebelum dihantar Hospital Sungai Buloh kerana keadaan kekangan katil dan bahagian di hospital itu,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata MARIA, yang diaktifkan pada Januari lepas, dikendalikan antara 40 dan 45 kakitangan sehari yang terdiri daripada doktor pakar, pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan dan jururawat yang bertugas dalam dua syif iaitu pagi dan petang.

Menurut Dr Marzilawati, pada awal penubuhannya bilangan pesakit kategori 4 yang dirawat di MARIA adalah kurang daripada 10 orang, namun mutakhir ini berikutan peningkatan kes positif COVID-19 dalam negara, fasiliti itu menerima purata pesakit antara 50 ke 60 sehari.

“Dianggarkan 10 peratus (pesakit) kategori 3 akan menjadi ‘bertambah buruk’ atau bertukar menjadi kategori 4, yang akan memerlukan penggunaan tangki oksigen.

“Kes seperti ini yang memerlukan terapi oksigen, kami rawat di MARIA secara ‘transit’ dan kemudian pesakit dibawa ke Hospital Sungai Buloh; kerana kes-kes begini lebih bagus dengan oksigen berterusan di hospital yang boleh merawat pesakit dengan lebih efisien dan efektif,” katanya.

Selain menstabilkan pesakit yang mempunyai masalah pernafasan, beliau berkata MARIA juga merawat pesakit yang menghidap penyakit lain seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.

“Pesakit yang ada penyakit lain contohnya kencing manis, mungkin tidak dapat dikawal semasa kemasukan (ke PKRC MAEPS), kita rawat dia dulu untuk dalam beberapa jam (di MARIA) dan selepas rawatan dia telah baik, dan kemudian dia boleh masuk ke dewan.

“Ada juga kes yang tiba-tiba mereka dapat sakit dada, yang memerlukan rawatan seterusnya di hospital, jadi kita rawat dulu di sini (MARIA) dan kemudiannya kita hantar ke hospital untuk rawatan selanjutnya,” katanya.

Dr Marzilawati berkata 80 peratus pesakit yang dirawat di MARIA ialah pesakit yang memerlukan oksigen atau kategori 4 manakala selebihnya adalah disebabkan ‘medical illness’.

Bagi menampung pertambahan pesakit yang dibawa ke MARIA, beliau berkata pusat rawatan sementara itu disambungkan dengan Dewan B, yang bertindak sebagai unit sokongan kepada MARIA dengan kapasiti  60 katil.

Sehingga 26 Mei, PKRC MAEPS mempunyai kapasiti 5,648 katil dengan lebih 75 peratus daripadanya telah dipenuhi pesakit yang kebanyakan dari kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.

— BERNAMA

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...

[VIDEO] Suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas

Cabul anak guru sendiri, suspek raba & cium kanak-kanak 12 tahun dalam lif diberkas. Tindakan gila seorang remaja meraba dan mencium seorang kanak-kanak di...

[VIDEO] Bas persiaran terbalik, 1 maut, 46 cedera

PHETCHABUN: Sebuah bas persiaran dua tingkat terbalik di Lebuhraya 12 di daerah Nam Nao pada Ahad, membunuh pemandu dan mencederakan kesemua 46 penumpang. Kemalangan berlaku...

Ancam bunuh Agong, lelaki ditahan

Polis menahan lelaki berusia 30-an yang memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh terhadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Lelaki itu yang...

[VIDEO] Bom kereta meletup di Selatan Thai, seorang terbunuh, 28 cedera

BANGKOK – Seorang mangsa meninggal dunia dan lebih 24 orang cedera di Thailand selepas bom kereta meletup di luar fasiliti polis hari ini, kata...

[VIDEO] Gempa bumi Cianjur: Sekurang-kurangnya 103 orang maut, kebanyakannya kanak-kanak

Kebanyakan mangsa yang maut akibat gempa bumi di Cianjur, Jawa Barat, dianggap sebagai kanak-kanak. "Kebetulan waktu bertepatan dengan mengaji di madrasah diniyah dan...

#PRU15: Dr Mahathir kalah, hilang wang pertaruhan di Langkawi

BEKAS perdana menteri Dr Mahathir Mohamad hilang wang pertaruhan dan gagal mempertahankan kerusi Parlimen Langkawi. Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA) itu hanya mendapat  4,566 undi,...

Syarikat induk Facebook, Meta berhentikan lebih 11,000 pekerja

Meta Platforms Inc, syarikat induk Facebook pada Rabu , berkata, syarikat itu akan memberhentikan 13 peratus kakitangannya atau lebih daripada 11,000 pekerja. Pemberhentian beramai-ramai itu...

#PRU15: Manifesto Temberang GTA ikrar letak Ketua Hakim Negara, Peguam Negara, Ketua Pesuruhjaya SPRM bawah Parlimen

Kebodohan dan kepura-puraan dalam janji manifesto ini tidak boleh disangkal lagi. Mahathir berkata jika GTA memenangi PRU15, mereka berjanji untuk meletakkan pelantikan dan pemantauan Ketua...

Orang ramai sepatutnya berhenti menyumbang dana kepada DAP-PH

Mereka terus berbohong kononnya mereka miskin tetapi pengisytiharan aset mereka menunjukkan sebaliknya. Anwar isytihar aset bernilai RM12 juta, Ngeh Koo Ham RM82 juta, Rafizi RM19...

Siasatan SPRM ke atas hakim SRC – Mahkamah Persekutuan tangguh penghakiman

Dua bekas Ketua Hakim Negara iaitu Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim telah disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah ketika mereka...