PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    Rentas negeri: Melaka cadang wajibkan lulus ujian saringan COVID-19

    MELAKA – Kerajaan negeri Melaka mencadangkan supaya semua individu yang diberi kelulusan untuk merentas negeri diwajibkan lulus ujian saringan COVID-19 sebelum mereka dibenarkan untuk berbuat demikian.

    Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali berkata cadangan tersebut telah dipersetujui oleh beberapa pihak untuk dilaksanakan di seluruh negara, namun tertakluk kepada keputusan teknikal yang akan diputuskan nanti.

    “Tindakan itu bertujuan sebagai langkah pencegahan awal bagi memastikan hanya individu yang benar-benar bebas daripada sebarang gejala atau disahkan bebas daripada dijangkiti wabak berkenaan, dibenarkan untuk melakukan perjalanan rentas negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

    Tindakan tersebut juga katanya bertujuan bagi mengelak kes-kes positif wabak berkenaan terus meningkat, yang berpunca daripada perbuatan individu merentas negeri biarpun telah memperoleh kebenaran yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa yang berkaitan.

    Beliau berkata kos untuk ujian saringan tersebut perlu ditanggung oleh majikan sekiranya ia melibatkan pekerja manakala ditanggung sendiri jika membabitkan urusan peribadi.

    “Ujian saringan ini penting memandangkan pada masa ini, kira-kira 70 peratus daripada mereka yang disahkan positif didapati tidak mempunyai gejala dan keadaan sedemikian amat membimbangkan,” katanya.

    Sehingga kini, Melaka mencatatkan kluster tertinggi rentas negeri iaitu lapan kluster sedia ada dan empat kluster tambahan.

    Sementara itu, kerajaan negeri juga berterima kasih atas pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin malam tadi berkaitan Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA+) berjumlah RM40 bilion.

    “Sebagai sebuah negeri yang berasaskan pelancongan, kerajaan negeri Melaka mengucapkan terima kasih terhadap pemberian bantuan khas one-off berjumlah RM500 kepada golongan yang terjejas termasuk pemandu pelancong,” kata Sulaiman. – BERNAMA

    # Tag

    Berkaitan

    Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

    Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

    Sin Chew Daily mohon maaf

    封面国旗设计失误 星洲日报致歉

    3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

    Terkini

    UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

    PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

    PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

    PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

    Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

    Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

    PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah