Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]
UtamaDUNIAThailand perketat kawalan di...

Thailand perketat kawalan di sempadan ekoran sekatan di Malaysia - pakdin.my

Thailand memperketatkan kawalan di sempadan dengan Malaysia untuk mencegah warga Thai dan pekerja asing daripada cuba menyelinap masuk ke negara itu berikutan Sekatan Pergerakan Penuh di Malaysia selama 14 hari, bermula hari ini.

Dalam usaha membendung aktiviti merentas sempadan negara secara tidak sah semasa penularan pandemik COVID-19, Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) telah mengarahkan pasukan keselamatan mempertingkat kawalan khususnya laluan-laluan tikus di empat wilayah Thailand yang bersempadan dengan Malaysia iaitu Narathiwat, Yala, Songkhla dan Satun.

Komander Tentera Wilayah Ke-4, Leftenan Jeneral Kriangkrai Srirak berkata pasukan keselamatan yang terdiri daripada tentera, renjer dan Border Patrol Police mempergiatkan kawalan dan pemantauan di sempadan darat, air dan udara.

“Kami juga memperketat kawalan sempadan melalui tinjauan udara menggunakan dron dan helikopter,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Malaysia melaksanakan Sekatan Pergerakan Penuh fasa pertama yang bermula hari ini sehingga 14 Jun, sebagai langkah untuk melandaikan semula lekuk penularan COVID-19 yang melonjak sejak awal April lepas.

Berikutan itu, warga Thai yang bekerja di Malaysia dijangka pulang ke tanahair untuk mengelak sekatan  itu.

Sementara itu, Komander Divisyen Infantri Ke-5, Mejar Jeneral Santi Sakuntanak berkata pasukan keselamatan akan mempergiatkan rondaan di Waeng, Sungai Kolok dan Tak Bai di Narathiwat.

Beliau berkata pasukan keselamatan akan mempertingkat pemantauan dan rondaan di laluan hotspot serta memasang kawad berduri untuk mencegah mana-mana pihak yang cuba menyelinap masuk.

“Warga Thai yang kini berada di Malaysia dan ingin pulang digalak menggunakan pintu  masuk sempadan negara yang sah,” katanya.

Sementara itu, Gabenor Songkhla, Jaruwat Kliangklao berkata pagar sempadan Thailand-Malaysia di Sadao berhampiran Kedah dan Perlis yang dirosakkan telah dibaikpulih untuk membendung warga Thai dan juga warga asing daripada menyelinap masuk ke Thailand.

“Pasukan keselamatan turut melakukan rondaan di hotspot untuk mengekang mereka merentas sempadan dan mengelak kuarantin mandatori,” katanya.

Thailand telah memperketat kawalan sempadan selepas varian Afrika Selatan dikesan awal bulan ini melibatkan mereka yang masuk melalui sempadan secara haram.

Kes tempatan varian Afrika Selatan pertama dilaporkan membabitkan seorang peniaga Thailand berusia 32 tahun dari Tak Bai, Narathiwat, yang dikunjungi ahli keluarga dari Malaysia.

— BERNAMA

Facebook Comments

Maybank: 158088200693 PayPal: [email protected]

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Muhyiddin didakwa enam tuduhan guna kedudukan untuk suapan, terima wang haram

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162644

[VIDEO] Banjir: Tiga pegawai JKM terperangkap ketika hantar bantuan

“Hanya tuhan saja tahu perasaan kami ketika itu, Alhamdulillah bot itu menuju ke arah kami dan difahamkan mereka menerima maklumat dan segera ke lokasi bagi menyelamatkan kami,” https://pakdin.my/162633 ...................

Johari Sah Tanding Jawatan Naib Presiden

Pengesahan itu menjadikan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO itu pemimpin keempat yang menyerahkan borang pencalonan. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162621

Empat suspek ditahan atas pembunuhan 4 lelaki di selatan Thailand

Tiga mayat dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta sedan yang ditenggelami air di Tasik Juerae. Kemudian satu lagi mayat yang turut ditembak mati ditemui di Sungai Kolok BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162611

[VIDEO] Laporan SPRM mengenai Hakim Nazlan diserahkan kepada Ketua Hakim Negara – Azalina

SPRM telah hantar laporan terhadap Nazlan Ketua Hakim Negara berhubungan pelanggaran peraturan di bawah Kod Etika Hakim 2009. Ini bermaksud memang ada pelanggaran dilakukan Nazlan berhubung kes SRC. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162601/?amp=1

[VIDEO] Jana Wibawa: Pengarah syarikat dari Pagoh didakwa minta, terima rasuah RM12.87 juta

Kesalahan itu dituduh dilakukan di syarikat miliknya di Kawasan Perindustrian Pagoh, Muar antara 20 Ogos 2021 sehingga 15 November 2022. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162588/?amp=1

Jana Wibawa: Ketua Penerangan PPBM antara dua individu didakwa di mahkamah

SPRM ketika ini sedang menyiasat dakwaan beberapa kontraktor terpilih didakwa mendepositkan wang tunai RM300 juta ke dalam akaun parti Bersatu sebelum dinafikan Ahli Parlimen Pagoh BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162557

Pegawai polis maut, empat lagi cedera dalam serangan bom di Bannang Sata, Yala

Sebutir bom dipercayai ditanam di tepi jalan diletupkan menggunakan walkie-talkie apabila pikap yang dinaiki mereka tiba di lokasi kejadian. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162547

[VIDEO] Perikatan Nasional sombong tak dengar nasihat Agong

Pertikaian Nasional ni lupa yang BN asalnya memang taknak gabung dan mahu jadi pembangkang saja tapi hormat pada saranan YDP Agong agar kerajaan dapat dibentuk. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162514

[VIDEO] Ahmad Zahid beri penghormatan terakhir kepada ibu angkat

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk meluangkan masa selama kira-kira 20 minit bagi menziarah dan memberi penghormatan terakhir kepada mendiang di kediamannya Taman Desa Bersatu, Hutan Melintang di sini. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162501

[VIDEO] Kerusi Batang Kali diisytihar kosong – Speaker DUN Selangor

“Maka, pada menjalankan kuasa saya sebagai Speaker DUN Selangor di bawah Perkara LXIX Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, saya dengan ini mengisytiharkan bahawa kerusi YB Harumaini adalah kosong berkuatkuasa dari 28 Jan 2023. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162490

[VIDEO] SPRM akan panggil Muhyiddin kes sumbangan dana politik

PRM dalam kenyataan sebelum ini berkata, fokus siasatan terarah RM92.5 bilion membabitkan dana kerajaan daripada nilai dakwaan penyelewengan wang perbelanjaan negara yang dianggar hampir RM600 bilion. BACA seterusnya di: https://pakdin.my/162480