PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    Orang ramai sambut baik bayangan sekatan COVID-19 mungkin dilonggarkan selepas 13 Jun

    SINGAPURA: Orang ramai menyambut baik pengumuman Perdana Menteri Lee Hsien Loong bahawa langkah-langkah pengurusan selamat di bawah Fasa 2 (Kewaspadaan Dipertingkat) mungkin dilonggarkan selepas 13 Jun.

    Sejak 16 Mei, rakyat Singapura berdepan dengan sekatan-sekatan lebih ketat dek pelaksanakan fasa tersebut yang dijadual berkuat kuasa sehingga 13 Jun.

    Langkah itu yang termasuk tidak membenarkan perhimpunan lebih daripada dua orang dan makan di premis-premis makanan dan minuman adalah untuk membendung penularan kes COVID-19 yang terus meningkat dalam kalangan masyarakat.

    Namun kini seperti terbit cahaya harapan bahawa akan ada kelonggaran setelah PM Lee semalam (31 Mei) menyebut:

    “Jika situasi kita terus bertambah baik, dan jumlah kes dalam masyarakat terus berkurangan, kita seharusnya boleh melonggarkan sekatan-sekatan selepas 13 Jun.”

    GHAIRAH KEADAAN SUDAH MULA STABIL

    Anara mereka yang gembira mendengar penilaian bahawa keadaan sudah mula stabil ialah Cik Merissa Ariff, mahasiswa yang akan memasuki tahun ketiga di Universiti Nasional Singapura (NUS).

    “Kelonggaran sebenarnya menunjukkan sekatan-sekatan yang telah dilaksanakan pemerintah amat berkesan walaupun dalam jangka masa yang pendek,” kata Cik Merissa kepada BERITAmediacorp.

    Ini juga memberikan harapan kepada mereka yang sudah bertungkus-lumus mengharungi cabaran-cabaran kewangan terutama sekali golongan yang kurang bernasib baik, tambahnya.

    Jadi, jika sekatan dilonggarkan, apa antara perkara yang akan dilakukannya?

    “Saya lebih ghairah kerana saya boleh makan di luar kerana saya ada restoran briyani yang saya ingin makan,” jawab Cik Merissa.

    Keghairahan ini juga turut dirasai oleh Encik Muhammad Azim Rahmat, 33 tahun.

    “Kami semua akan lebih ghairah kerana kalau dilonggarkan, kami boleh sambung semula ziarah-menziarahi, jumpa kawan-kawan, pergi kerja, sambung menyambut Hari Raya,” kongsi Encik Azim.

    Dia yang kini aktif mencari kerja yakin bahawa jika sekatan dilonggarkan, ini dapat membantunya.

    “Sebagai seorang yang sedang mencari pekerjaan, kadar respons daripada syarikat-syarikat akan meningkat apabila kelonggaran ini bermula,” ujar Encik Azim.

    Menurutnya, ini kerana para kakitangan syarikat tersebut mungkin dapat sambung semula bekerja di pejabat dan melaksanakan tugas mereka dengan lebih cepat.

    “Semasa Fasa 2 baru dilaksanakan, kadar respons yang saya dapat daripada syarikat-syarikat ketika mencari pekerjaan sangat rendah berbanding dengan sebelum Fasa 2 dimulakan,” tambahnya.

    MASIH ADA BIMBANG JIKA SEKATAN DILONGGARKAN

    Sungguhpun demikian, orang ramai yang kami temui tetap mempunyai rasa bimbang tentang kesannya jika sekatan dilonggarkan.

    Ini kerana penularan COVID-19 masih tidak menentu, terutama sekali dalam kalangan kanak-kanak.

    “Sebagai seorang yang dewasa, kita mungkin boleh menyesuaikan diri dengan keadaan. Tetapi kalau jangkitan ini terkena pada budak-budak kecil, kami amat bimbang untuk keselamatan mereka,” ujar Encik Azim, bapa seorang anak berusia dua tahun.

    Bagi Encik Zad Mahmood yang bekerja sebagai penghantar makanan Grab, dia masih bimbang akan lebih terdedah kepada jangkitan dalam situasi lebih terbuka.

    “Saya takut kalau nanti bila kelonggaran sekatan sudah dilaksanakan, ramai orang akan berkumpul ke satu tempat dan mungkin akan ada jangkitan di situ lagi,” kata Encik Zad.

    “Memang saya rasa ghairah juga sebab saya boleh keluar dengan lebih ramai orang. Tetapi perasaan bimbang itu tetap ada juga kerana COVID-19 ini tidak menentu.”

    Bagi penghantar makanan Grab ini, yang penting adalah untuk sentiasa mematuhi langkah pengurusan selamat serta mengambil langkah berjaga-jaga.

    Ini lebih-lebih lagi jika kelonggaran sekatan itu benar-benar berlaku selepas 13 Jun.

    • BERITAmediacorp/nj
    Berkaitan

    Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

    Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

    Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

    Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen peristiwa penting dalam lipatan sejarah – Azalina

    Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan

    Terkini

    EPL: Liverpool perlu siapkan pengganti

    Pemeriksaan terperinci dilaksanakan terhadap individu, kereta, dan motosikal yang mencurigakan, terutamanya bagi mengesan bahan letupan, objek mencurigakan

    [VIDEO] Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan

    Beijing beri sokongan kepada syarikat permulaan AI Manus, dalam usaha China mencari penerus DeepSeek

    Penerima STR Fasa 2 dapat RM650 mulai Isnin 24 Mac

    Pembunuh bertopeng tembak mati penternak lembu di Pattani

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    # Tag
    Berkaitan

    Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

    Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

    Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

    Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen peristiwa penting dalam lipatan sejarah – Azalina

    Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan

    Popular
    NAJIB RAZAK

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan
    EKONOMI

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    EKONOMI

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    DUNIA

    Â