BERITAWarga emas maut dihempap pokok di Tanjung Malim

Warga emas maut dihempap pokok di Tanjung Malim

TANJUNG MALIM: Seorang lelaki warga emas maut dihempap pokok tumbang berdekatan lampu isyarat Taman Universiti, dekat sini petang tadi.

Difahamkan, mangsa berusia 67 tahun dipercayai sedang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah dari kebun.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Perak berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 4.41 petang.

Katanya, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima laporan berkenaan.

“Tiba di tempat kejadian mendapati terdapat pokok tumbang yang laluan berkenaan selain terdapat seorang mangsa bersama motosikal jenis Honda EX5 dihempap pokok itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mangsa disahkan maut di tempat kejadian oleh pihak hospital dan mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, anggota bomba dibantu Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Muallim melakukan kerja pemotongan dahan pokok bagi pembersihan jalan itu.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Radius pencarian Nurul Izzati yang sesat di Bukit Changkat Asa diperluas

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami