BERITALori bawa muatan babi terbalik

Lori bawa muatan babi terbalik

JASIN: Lebih 20 ekor babi berkeliaran di bahu jalan selepas sebuah lori yang membawa muatan haiwan ternakan itu terbalik di Jalan Pondok Batang, Asahan, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Mispani Hamdan, berkata kejadian kira-kira jam 9.50 malam itu berlaku ketika lori terbabit dalam perjalanan dari arah Asahan.

Beliau berkata, difahamkan lori dipandu seorang lelaki berusia 58 tahun itu sedang menuju ke Senawang, Negeri Sembilan, untuk menghantar muatan haiwan berkenaan.

“Namun setiba di lokasi kejadian, kenderaan itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbalik di bahu jalan.

“Akibat kemalangan itu, pemandu lori terbabit mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Jasin untuk rawatan lanjut.

“Kesemua haiwan ternakan yang diangkut kenderaan itu kemudian berjaya ditangkap dan dipindahkan ke lori lain oleh pihak syarikat,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, beliau berkata, nahas itu tidak membabitkan kenderaan lain.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Rule 10 LN 166/59,” katanya.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami