NPRA luluskan ujian klinikal vaksin Covid-19 Vero Cells dari China - pakdin.my

NEGARA akan terlibat dengan dalam kajian klinikal melibatkan satu lagi vaksin Covid-19 setelah diluluskan oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kajian klinikal itu melibatkan produk ’SARS-CoV-2 Vaccine (Vero Cells), Inactivated, 5μg/0.5mL’ yang dikilangkan oleh Shenzhen Kangtai Biological Products Co Ltd di China, diluluskan pada 28 Mei.

“Kajian klinikal fasa tiga itu akan dijalankan di lapan pusat penyelidikan di negara ini dengan sasaran 3,000 peserta berumur 18 tahun ke atas dan dijangka mengambil masa 15 hingga 19 bulan.

“Malaysia merupakan sebuah daripada negara yang terlibat dalam kajian klinikal ini selain Colombia, Argentina, Pakistan, Filipina dan Ukraine,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Menurut Noor Hisham, vaksin tersebut juga telah diluluskan oleh China melalui Emergency Use Approval pada 14 Mei lalu.

Jelasnya, kajian klinikal vaksin COVID-19 yang dijalankan di negara ini dapat memberi maklumat klinikal berkaitan keberkesanan dan keselamatan vaksin, serta kesesuaiannya kepada rakyat Malaysia.

“Ini merupakan kelebihan yang diperlukan oleh kerajaan sebagai pemacu ke arah mencapai sasaran imuniti kelompok melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang sedang giat dijalankan di seluruh negara,” katanya.

UTAMABERITANPRA luluskan ujian klinikal vaksin Covid-19 Vero Cells dari China

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium