BERITAHarimau Dahan di Kampung Bukit Bertam mati akibat jangkitan virus

Harimau Dahan di Kampung Bukit Bertam mati akibat jangkitan virus

IPOH- Seekor harimau dahan jantan yang ditangkap selepas berkeliaran di belakang rumah penduduk di Kampung Bukit Bertam, Selama, pada Rabu lalu disahkan mati akibat jangkitan virus, menurut Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitian).

Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata hasil ujian darah oleh doktor veterinar setelah ia dibawa ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) di Sungkai mendapati haiwan itu positif Virus Canine Distemper (CDV).

“Harimau dahan ini mati pada jam 12 tengah malam Khamis lepas sebelum proses ditidurkan dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata haiwan itu telah dilupuskan berikutan penyakit berkenaan mudah berjangkit dan virus itu kebiasaannya dibawa oleh haiwan domestik seperti anjing dan kucing.

Kehadiran harimau, yang dianggarkan berusia antara tujuh hingga lapan tahun itu, ditemukan penduduk dalam keadaan seakan-akan ingin memuntahkan sesuatu.

Haiwan itu dipercayai keluar dari Hutan Simpan Bintang Hijau yang terletak berhampiran kampung berkenaan untuk mencari makanan.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami