Kejayaan UK catat kematian sifar yakinkan kerajaan tentang program imunisasi – Adham

Kejayaan United Kingdom (UK) merekodkan kematian sifar COVID-19 baru-baru ini meningkatkan lagi keyakinan kerajaan terhadap keberkesanan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang sedang dilaksanakan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Katanya pencapaian UK itu turut meningkatkan semangat kerajaan untuk memastikan pemvaksinan ke atas seramai mungkin penduduk di negara ini.

“Daripada data yang kita peroleh menunjukkan UK dengan program vaksinasi mereka telah mencatatkan zero death. Ini beri kita semangat bahawa vaksin yang diberi betul-betul menolong meningkatkan imuniti dan perlindungan.

“Oleh itu, penting untuk kita menyediakan vaksin kepada seramai mana penduduk yang boleh agar kes COVID-19 tidak sampai ke tahap serius,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau persiapan operasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Mega di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada, di sini hari ini.

Empat hari lalu, media melaporkan UK merekodkan kematian sifar bagi COVID-19 untuk pertama kali sejak Julai tahun lepas, sekali gus membuktikan program vaksinasi yang  dilaksanakan di negara itu sejak Disember tahun lalu berkesan.

Dr Adham berkata kerajaan kini melaksanakan pelbagai inisiatif untuk meningkatkan pemvaksinan ke atas penduduk termasuk membuka lebih banyak PPV.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan individu yang gagal menghadiri janji temu pemberian suntikan vaksin COVID- 19 agar turut membuat penjadualan semula menggunakan aplikasi MySejahtera.

Ini penting bagi memastikan hasrat kerajaan untuk mencapai imunisasi kelompok  dalam kalangan rakyat tercapai, sekali gus menghentikan penularan pandemik berkenaan, katanya.

“Jadi mereka perlu ‘reschedule’ dalam MySejahtera dan kita akan tengok. Dalam masa sama, kita tiada masalah dengan vaksin yang dibekalkan kerana kita boleh buat simpanan untuk penerima vaksin seterusnya,” katanya.

Advertisement

spot_img

[Video] Serangan di Tak...

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan...

[Video] Suspek tembak lelaki...

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di...

[Video] Bekas Menteri Sabah,...

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah...

[Video] Lelaki maut ditembak...

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat...

Kertas siasatan kes Nazlan...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun...

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika...

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di...

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar,...

[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak...

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari...

Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching, hari...

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...