PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    COVID-19: Penggunaan katil ICU cecah 104 peratus

    Penggunaan katil bagi pesakit COVID-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital Kementerian Kesihatan Malaysia seluruh negara mencecah 104 peratus, Ahad lepas menurut  Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

    Beliau berkata ia meningkat daripada 96 peratus pada 24 Mei lepas.

    Menurutnya kadar penggunaan katil ICU melebihi 100 peratus ini amat membimbangkan dan tidak semua pesakit yang memerlukan rawatan kritikal kini dapat ditempatkan di ICU.

    “Bagaimanapun kadar penggunaan katil bagi pesakit Covid-19 bukan ICU di hospital menunjukkan sedikit penurunan dalam tempoh dua minggu, iaitu daripada 99 peratus kepada 89 peratus.

    Begitu juga dengan kadar penggunaan katil di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) adalah sebanyak 54 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Menurut Dr Noor Hisham hospital seluruh negara juga berdepan peningkatan kes COVID-19 bergejala serius kategori empat dan lima yang memerlukan bantuan oksigen dan alat pernafasan khususnya dalam  kalangan golongan rentan seperti warga emas dan pesakit yang menghidap lain-lain penyakit.

    Katanya pesakit berkenaan memerlukan tempoh yang lama untuk sembuh disebabkan komplikasi yang serius daripada jangkitan COVID-19.

    Statistik yang diterima Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) menunjukkan purata tempoh rawatan bagi kategori empat adalah antara 14 hingga ke 16 hari, manakala bagi pesakit kategori lima pula, tempoh rawatan adalah selama 19 hingga 26 hari.

    “Bahaya penularan COVID-19 dan kapasiti hospital (terutama ICU) bagi menampung kes-kes COVID-19 adalah di tahap kritikal dan boleh terus meningkat sekiranya kita alpa walau untuk sehari sekali pun.

    Situasi ini tidak boleh diambil ringan, terutama sekiranya ada pihak yang menyebarkan interpretasi yang tidak benar mengenai situasi semasa ini,” katanya.

    Dr Noor Hisham berkata statistik juga menunjukkan jumlah kes positif COVID-19 pada minggu epidemiologi (ME) ke-22 menurun 2.6 peratus atau 1,379 kes berbanding minggu sebelumnya, susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

    Namun begitu, dalam tempoh sama iaitu dari 30 Mei hingga 5 Jun, jumlah kes aktif didapati terus meningkat berikutan peningkatan kes mendadak pada ME ke-20 dan ME ke-21.

    “Pada awal ME ke-21, jumlah kes aktif adalah sebanyak 57,022 kes dan pada awal ME ke-22 ia meningkat kepada 78,017 dengan peningkatan kes sebanyak 20,995 kes atau 37 peratus,” katanya.

    Menurutnya pada hari ini, jumlah kes aktif COVID-19 yang masih dalam rawatan dan pemerhatian adalah sebanyak 82,797 kes.

    — BERNAMA

    Berkaitan

    Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

    Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

    Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

    Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen peristiwa penting dalam lipatan sejarah – Azalina

    Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan

    Terkini

    EPL: Liverpool perlu siapkan pengganti

    Pemeriksaan terperinci dilaksanakan terhadap individu, kereta, dan motosikal yang mencurigakan, terutamanya bagi mengesan bahan letupan, objek mencurigakan

    [VIDEO] Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan

    Beijing beri sokongan kepada syarikat permulaan AI Manus, dalam usaha China mencari penerus DeepSeek

    Penerima STR Fasa 2 dapat RM650 mulai Isnin 24 Mac

    Pembunuh bertopeng tembak mati penternak lembu di Pattani

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    # Tag
    Berkaitan

    Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

    Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

    Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

    Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen peristiwa penting dalam lipatan sejarah – Azalina

    Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan

    Popular
    NAJIB RAZAK

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan
    EKONOMI

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    EKONOMI

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    DUNIA