Naturalisasi gagal: Hamidin wajar letak jawatan - pakdin.my

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sepatutnya memohon maaf atas prestasi buruk skuad bola sepak negara dalam misi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023. 

Bukan itu sahaja. Permohonan maaf yang lebih dituntut adalah atas mentaliti terlalu mengharapkan pemain naturalisasi. Kerana begitu kemaruk, dua pemain naturalisasi terbaru iaitu Guilherme De Paula dan Liridon Krasniqi dipilih dalam senarai pemain utama negara.

De Paula walaupun berasal daripada Brazil tetapi sudah agak lanjut usia iaitu 35 tahun selain prestasinya memang hambar sebelum ini. Dengan taktikal yang kurang berkesan selain aksi para pemain yang tidak kreatif serta kelesuan pemain naturalisasi, pasukan negara kalah teruk 0-4 kepada Emeriah Arab Bersatu (UAE).

Di sebalik harapan besar yang digembar-gemburkan oleh FAM, pasukan bimbingan jurulatih Tan Cheng Hoe dimalukan sekali lagi. Alangkah baiknya jika FAM lebih meletakkan sandaran dan kepercayaan kepada bakat-bakat tempatan yang sebenarnya boleh digilap serta berpotensi besar.

Mentaliti pergantungan kepada pemain naturalisasi sebagaimana sebelum ini ke atas Mohamadou Sumerah perlu dihentikan. Lebih baik kalah dengan barisan penuh pemain tempatan berbanding dengan penyertaan beberapa pemain naturalisasi. Itu lebih bermaruah dan cerminan patriotisme menerusi pasukan bola sepak negara yang berdaulat ini.

Bagi mengambil tanggungjawab atas kegagalan ini, tidak keterlaluan untuk para peminat sukan tanah air mendesak Presiden FAM, Dato Hamidin Mohd. Amin meletakkan jawatan.

Sebagai peminat sukan, saya bersetuju dilakukan kejutan agar Presiden FAM diganti bagi memberi mesej kuat kepada semua pihak. Sebagai badan induk bola sepak negara, FAM tidak boleh dipimpin oleh peneraju yang mempunyai mentaliti mengagungkan pemain naturalisasi sedemikian.

Kekalahan tersebut juga pengajaran bernilai buat Tan Cheng Hoe dan barisan pemain. Gaya permainan dan taktikal Malaysia mudah dibaca, tiada serangan balas yang mantap, barisan pertahanan yang rapuh selain kurang pantas ketika beraksi.

Walaupun peluang Malaysia masih belum tertutup kerana masih ada dua perlawanan menentang Vietnam (12 Jun) dan Thailand (16 Jun), Tan Cheng Hoe juga perlu memohon maaf atas kekalahan memalukan kepada UAE.

Tidak banyak beza prestasi pasukan negara sewaktu perlawanan persahabatan dengan UAE dan Bahrain sebelum perlawanan sebenar menentang UAE.

Gaya permainan yang sterotaip, tidak kreatif dan tumpul di barisan serangan dan lemah di bahagian pertahanan antara penyakit utama.

Berdasarkan rekod pencapaian Vietnam dan Thailand, kedua-dua pasukan tersebut jauh lebih bertenaga, tersusun dan mempunyai gerakan penyudah yang baik berbanding Malaysia.

Sudah sampai masanya Tan Cheng Hoe menerapkan strategi yang lebih kreatif dan ‘gila-gila’ jika mahu membawa impak sertai kelainan kepada pasukan negara. – editormalaya.com

Zamani Zaman

Bangi, Selangor

UTAMAGAYA HIDUPNaturalisasi gagal: Hamidin wajar letak jawatan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium