BERITADUNIARobinah Nabbanja wanita pertama dilantik jadi Perdana Menteri Uganda

Robinah Nabbanja wanita pertama dilantik jadi Perdana Menteri Uganda

Uganda pada Isnin melantik Robinah Nabbanja, 52, sebagai perdana menteri sekali gus menjadikannya wanita pertama menyandang jawatan itu, lapor Agensi Anadolu.

Beliau dilantik oleh Presiden Yoweri Museveni dan diluluskan parlimen.

Nabbanja, akan memegang jawatan itu untuk tempoh lima tahun.

“Saya bersyukur atas apa yang telah dikurniakan Tuhan kepada saya. Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan anggota parlimen (MP) kerana telah menerima saya untuk menjadi ahli parlimen,” katanya.

Beliau berikrar untuk memastikan semua menteri dan anggota parlimen menghadiri sesi parlimen dan menggesa masyarakat mematuhi langkah sekatan COVID-19.

— BERNAMA

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif eFishery disyaki lakukan penipuan, seleweng dana pelaburan Rp15 bilion

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami