BN Diramal Terus Berkuasa Dan Perolehi Majoriti Dua Pertiga Pada PRU-13

Barisan Nasional (BN) diramal akan terus mengekalkan tampuk kekuasaannya selepas pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) dan merampas semula beberapa negeri yang kini diperintah oleh parti pembangkang, demikian menurut kajian Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA).

Pengarah Bahagian Gerak Sarafnya Taharuddin Yaakob hari ini berkata, kajian itu juga menunjukkan BN akan memperoleh semula majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum akan datang ini.

“Rakyat menghargai kesungguhan yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Belum pernah dalam sejarah, seorang Perdana Menteri membentangkan kad laporan untuk penilaian rakyat sebagaimana yang dilakukan oleh Datuk Seri Najib,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mewakili Ketua Pengarah JASA Datuk Fuad Hassan pada majlis bersama pegawai JASA dan aktivisi JASA Negeri Johor, yang turut dihadiri pengarah JASA Johor Mohammad Abu Bakar, di sini.

Taharuddin turut menyampaikan imbuhan wang tunai RM3,000 kepada 37 bekas pegawai JASA Johor dan komputer riba kepada 80 pegawai JASA negeri yang berkhidmat di kawasan-kawasan Parlimen serta Dewan Undangan Negeri Johor.

Katanya, walaupun kajian JASA itu menunjukkan peluang BN di Pulau Pinang yang kini diperintah oleh DAP sebagai “malap”, tetapi peluangnya di negeri-negeri lain yang diperintah pembangkang adalah amat cerah.

“Di Kedah, peluang BN untuk merampas semula negeri ini adalah cerah, manakala di Selangor pula, walaupun ia menunjukkan sinar yang baik tetapi pengurusan isu pengundi bukan Melayu perlu dipertingkatkan,” katanya.

Kesimpulannya, kata Taharuddin, BN akan menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding 2008 dengan memenangi lebih banyak kerusi pada pilihan raya umum kali ini dan memperoleh semula majoriti dua pertiga.

“Insya-Allah, BN akan menang pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Menurutnya, pembangkang kini memainkan pelbagai isu bagi mengelirukan rakyat serta memburukkan persepsi orang ramai terhadap kerajaan dan bukannya bertujuan meminta jawapan.

Sementara itu, beliau berkata, imbuhan wang tunai itu merupakan rasa penghargaan kerajaan terhadap pergorbanan yang dilakukan oleh bekas-bekas pegawai JASA itu.

Array

MENARIK

BERKAITAN

TERKINI

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...

Cukup-cukuplah Tun Mahathir

1. Rakyat Malaysia sudah mula muak dengan perangai Tun Mahathir. Beliau kurang relevan kepada politik negara dan zaman beliau sudah semakin berlalu. Saya beri 3...

Anwar masih ulang propaganda dan hasutan PH ketika PRU14 – Shahrir Samad

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad menekankan Datuk Seri Anwar Ibrahim masih menggunakan taktik propaganda yang sama sesama kempen Pilihan Raya Umum ke 14...

Cacar monyet jangkiti lelaki gay di Britain

LONDON – Pihak berkuasa kesihatan Britain sedang menyiasat empat lagi kes virus cacar monyet di England, menjadikan bilangan pesakit yang disahkan sejak 6 Mei...

GPS takkan beri laluan Bersatu tanding di Sarawak

Gabungan Parti Sarawak (GPS) menolak permintaan Bersatu bagi memberi laluan kepada calonnya bertanding kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang. Pembantu kepada Pengerusi GPS...

Banjir kilat di Kerling

HULU SELANGOR: Beberapa kawasan di Kampung Jawa Kerling, Hulu Selangor dilanda banjir kilat. Dianggarkan 15 hingga 20 rumah dinaiki air. Tiga mangsa termasuk seorang kanak-kanak diselamatkan...

Pendaki hanyut: Bomba jumpa kaki mangsa

IPOH - Pasukan penyelamat menemukan anggota tubuh manusia dipercayai milik salah seorang pendaki wanita yang dihanyutkan kepala air ketika mendaki kawasan Gunung Suku, Simpang...