Selebriti wanita berusia 34 tahun ditahan positif dadah - pakdin.my

SEREMBAN – Seorang selebriti wanita ditahan kerana disyaki terlibat dengan penyalahgunaan dadah di sebuah rumah di Kampung Chalet, Nilai, semalam.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Fazley Ab Rahman berkata wanita berumur 34 tahun itu ditahan oleh sepasukan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nilai yang membuat serbuan di rumah berkenaan.

“Selebriti itu dibawa ke pejabat Narkotik IPD Nilai bagi tujuan saringan awal air kencing. Keputusan mendapati wanita itu positif dadah jenis methamphetamine,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, suspek diberi jaminan polis setelah selesai memberi keterangan.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM5,000, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

— BERNAMA

UTAMABERITASelebriti wanita berusia 34 tahun ditahan positif dadah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium