Wajar Pertimbangkan Moratarium Pinjaman Perumahan LPPSA – Asyraf Wajdi

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia banyak menerima maklum balas berupa rintihan dan keresahan penjawat awam yang kebanyakannya kumpulan sokongan.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata mereka mengharapkan agar moratarium bayaran balik pinjaman dapat dipanjangkan pelaksanaannya untuk pinjaman perumahan Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

“Rata-rata mengeluh walaupun mengakui akan gaji dan emolumen mereka tidak terjejas, namun penguatkuasaan PKP dan Lockdown yang berpanjangan sangat memberi kesan yang besar pada pola pendapatan dan perbelanjaan isi rumah, lebih-lebih lagi bagi mereka yang yang mempunyai pasangan yang bekerja di sektor swasta dan telah putus mata pencarian.

“Malahan pelaksanaan dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) oleh Kerajaan telah meningkatkan perbelanjaan kehidupan harian yang lain seperti bil utiliti elektrik, air, internet dan makanan.

“Melalui pemanjangan moratarium LPPSA, penjawat awam diharapkan dapat menyusun semula kewangan keluarga dan merancang perbelanjaan untuk memastikan kesejahteraan ahli keluarga terjaga,” tegas beliau menerusi hantaran di Facebook.

Kata Asyraf lagi, malah bagi Pemuda UMNO polisi Kerajaan mengenai Moratorium tidak hanya perlu difokuskan kepada Institusi Perbankan semata-mata, sebaliknya, moratarium pinjaman-pinjaman lain yang ditawarkan oleh Kerajaan sendiri seperti LPPSA ini dan agensi-agensi Kerajaan yang lain seperti MARA, PTPTN dan PTPK seharusnya lebih diutamakan.

“Justeru, Pemuda UMNO Malaysia menyokong penuh saranan CUEPACS dan mendesak agar Kerajaan segera melaksanakannya!,” katanya lagi. –UMNO Online

#Tag

Berkaitan

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

SUKAN

[TONTON] Masalah tikus di Old Trafford

TEKNOLOGI

Vietnan laksana undang-undang internet yang ketat berkuat kuasa 25 Disember

JENAYAH / MAHKAMAH

Mahkamah tolak saman fitnah Hannah Yeoh terhadap Musa Hassan

DUNIA

[TONTON] Puluhan maut, pesawat penumpang Embraer 190 Azerbaijan Airlines terhempas di Kazakhstan