Bolehkah Agong Pecat Perdana Menteri? - pakdin.my

Dalam membuat tafsiran kepada apa juga Undang2, termasuk lah Perlembagaan, tafsiran itu mesti lah berasaskan 3 perkara:

1. Mischief Rule
2. Literal (plain meaning) Rule
3. Golden Rule.

(Pecahan kepada tiap-tiap satu Rule itu pun banyak, termasuklah Canon of Construction etc etc etc.)

Tapi tak perlu bincang lah itu semua. Kita bukan nak jadi pakar sangat pun.

Apa yang perlu kita ingat mudah sahaja. Kalau sesuatu perkara itu tidak disebut dalam mana-mana Undang-undang sebagai suatu kesalahan secara jelas, ianya boleh dilakukan. Maknanya bukan kesalahan. When the law is silent on that point, it is not an offence.

Contoh : Kalau tiada dalam mana-mana Undang-undang sebut dgn jelas bahawa gantung bendera di rumah itu satu kesalahan, maka nya boleh lah dibuat. Kalau ada yang kena charge kerana perbuatan itu, itu bererti dia kena charge atas kesalahan “unknown to the law“. Jawab ringkasnya charge itu dibuang saja atau ditolak ringkas sahaja lah.

Begitu juga dengan perkara “boleh kah Agong pecat Perdana Menteri“. Tiada disebut dengan jelas, Agong TIDAK BOLEH pecat PM! It is silent on that point!

Yang jelas ialah Agong boleh melantik PM dengan panduan-panduan yang digariskan dengan jelas dalam Perlembagaan.

Kalau Agong titah kepada PM, ‘Beta hendak PM letak jawatan serta merta’, adakah Agong telah melanggar Perlembagaan?

Pada saya kalau Agong ada kuasa melantik, mesti lah juga ada kuasa memecat. Itu lah sepatutnya Golden Rule yang perlu dipakai sebab itu lah yang ‘universally accepted’
Dalam keadaan negara menghadapi krisis ini, punca segala krisis itu ialah Malaysia ada seorang Perdana Menteri yang tidak lagi diyakini boleh terus menjalankan tugas dgn baik. Malah beliau mengakui ‘kalau nak kata saya bodoh, bodoh pun bodoh lah’. Malang sekali lah Malaysia ada seorang PM yang bodoh.

Untuk mengatasi krisis ini, puncanya mesti dicari dan puncanya ialah pada Perdana Menteri dan kerajaan yang dia ketuai.

Siapakah lagi yang kita harapkan untuk menyelesaikan krisis ini selain dari Agong dan Raja-raja Melayu.

Jika sekiranya Agong meminta PM meletak jawatan, seluruh rakyat akan merasa lega dan akan disokong oleh rakyat sebagai jalan keluar.

Perlu juga diingat, Agong tidak boleh diheret ke Mahkamah kalau beginda mengeluarkan titah itu.

Perkara menitahkan supaya letak jawatan ini memang tidak pernah berlaku kepada PM tetapi pernah berlaku kepada MB dibeberapa Negeri. Cara titah itu disampaikan mungkin berbeza2.

Teringat saya kepada Rahim Bakar MB Pahang dulu apabila saya menulis posting ini. Beliau seorang yang pandai beRaja. Harap-harap PM ini pun seorang Melayu yang pandai beraja.

Oleh Dato’ Shamsuddin Nawawi

UTAMABERITABolehkah Agong Pecat Perdana Menteri?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium