PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

UMNO tarik serta-merta sokongan terhadap Muhyiddin

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat pada hari Rabu 7 Julai 2021 bersamaan 27 Zulkaedah 1442 Hijrah secara atas talian telah membuat ketetapan seperti berikut:

  1. Mengabsahkan keputusan penangguhan pemilihan UMNO selama 18 bulan selaras dengan Fasal 10.16 Perlembagaan UMNO.

  2. Mengambil maklum keputusan Biro Politik UMNO melalui kenyataan Presiden untuk memberikan tempoh 14 hari bagi Kerajaan menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah agar memanggil Sidang Parlimen secepat mungkin. Hasil tekanan yang dilakukan UMNO inilah, akhirnya Kerajaan akur untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bakal diadakan selama lima hari bermula 26 Julai 2021.

  3. Mesyuarat juga telah memperhalusi dan menimbangkan beberapa garis panduan utama yang ditetapkan oleh MKT pada 11 Mac 2020 tatkala UMNO memberikan sokongan Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin selaku Perdana Menteri. DUA PANDUAN utama adalah seperti berikut:

I. Kerajaan harus memastikan aspirasi rakyat benar-benar direalisasikan.
II. Kerajaan harus segera menangani kelembapan ekonomi dan melakarkan pelan tindakan berkesan menangani pandemik Covid-19.

  1. Walau bagaimanapun setelah diperhalusi, segala panduan utama yang digariskan UMNO sebagai syarat meneruskan sokongan terhadap Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin GAGAL dipenuhi dan dilaksanakan dengan memuaskan. Ternyata Kerajaan GAGAL dalam memenuhi aspirasi rakyat dalam beberapa perkara utama seperti berikut:

I. Kegagalan Kerajaan menangani pandemik Covid-19 secara berkesan sehingga mencetuskan keresahan dan kemurungan serius rakyat. Ini termasuklah polisi-polisi yang tidak konsisten, perlaksanaan PKP yang separa masak dan berubah-rubah hingga rakyat dikurung secara sia-sia selama hampir 6 bulan tanpa pembelaan yang sewajarnya. Contohnya, ‘TOTAL LOCKDOWN’ yang separa masak hanya menggandakan jumlah kematian dari 2,800 kepada lebih 5,768 korban hanya dalam tempoh 38 hari setelah PM mengumumkan ‘TOTAL LOCKDOWN’.

II. Kegagalan Kerajaan dengan menyalahgunakan Darurat yang hanya untuk muslihat politik hingga memudaratkan rakyat dan ekonomi negara, sekaligus menafikan suara UMNO yang sejak dari awal membantah keras proklamasi tersebut. Malah Ordinan Darurat yang kononnya boleh digunakan untuk membantu rakyat, ternyata lebih banyak membebankan dengan pelbagai kompaun bersifat ‘dwi-standard’ dan melampau yang dikenakan ke atas rakyat, dalam keadaan mereka sudah sedia terbeban dengan isu-isu survival dan kelangsungan hidup.

III. Kegagalan Kerajaan untuk mempertahankan sistem demokrasi Berparlimen hingga memandulkan segala amalan demokrasi semak dan imbang yang menjamin hak dan suara rakyat terbela terutamanya dalam memantau segala inisiatif kerajaan dalam menangani pandemik termasuk aspek perbelanjaan, perolehan dan segala usaha vaksinasi.

IV. Kegagalan Kerajaan menguruskan bantuan dan tuntutan rakyat secara berkesan untuk semua peringkat dan kategori. Ini termasuklah tuntutan Moratorium 2.0 tanpa caj/faedah terakru, dasar moratorium yang tidak dipanjangkan kepada agensi-agensi Kerajaan yang lain seperti LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam), skim i-Citra yang tidak mesra rakyat, bantuan tunai seperti BPR, BPN dan BKC yang lambat dan amat terhad hingga ramai tercicir dan terpaksa melalui karenah birokrasi yang membebankan.

V. Kegagalan Kerajaan untuk memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada rakyat dalam menguruskan kebajikan mereka hingga berlaku peningkatan serius dalam permasalahan sosial seperti kes bunuh diri (Nota: Jumlah kes bunuh diri daripada Mac 2020 hingga Mei 2021 sebanyak 1,099 kes). Gerakan #BenderaPutih adalah satu contoh manifestasi kekecewaan dan protes rakyat terhadap kegagalan Kerajaan untuk menyantuni keperluan rakyat yang amat susah, tertekan dan terdesak ketika ini.

VI. Kegagalan Kerajaan mengurus kestabilan politik dan ekonomi hingga mewujudkan ketidakyakinan pelabur terhadap kemampuan menguruskan negara dan pandemik. Indeks Pengendalian Covid yang dikeluarkan Bloomberg meletakkan negara di tempat ke-3 paling corot antara 53 negara ekonomi utama.

VII. Kegagalan Kerajaan yang jelas memperkotak-katikkan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah hingga terpaksa berulang-kali mengeluarkan kenyataan media dan titah mengadap supaya Parlimen dibenarkan bersidang dan membahaskan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara. Selaku parti yang menjadi benteng utama membela Institusi Raja-Raja Melayu sebagaimana Fasal 3 Perlembagaan UMNO, UMNO tidak boleh berkompromi dengan sikap biadap Kerajaan terhadap Institusi Raja.

  1. Berpandukan 7 perkara di atas ternyata bahawa Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin GAGAL memenuhi segala garis panduan yang dikemukakan oleh MKT pada 11 Mac 2020, sebagai syarat meneruskan sokongan.

  2. Memenuhi mandat sebulat suara para perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO 2020 dan berpandukan kepada 7 kegagalan Kerajaan memenuhi aspirasi rakyat yang digariskan, maka tempoh memberikan sokongan kepada Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin selaku Perdana Menteri DITARIK BALIK dan DITAMATKAN serta merta.

  3. Justeru, UMNO mendesak agar Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin dapat berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang Perdana Menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad.

  4. Tempoh Perdana Menteri yang baharu akan hanya memfokuskan usaha membantu kebajikan rakyat sepanjang pandemik, menangani Covid-19 dengan pendekatan inklusif dan memastikan proses vaksinasi dan imunisasi dapat disegerakan.

  5. Setelah berjaya mencapai tahap imunisasi kelompok, Perdana Menteri baharu mestilah segera menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-15. Ini penting bagi membolehkan sebuah Kerajaan yang benar-benar stabil dan memperoleh mandat majoriti rakyat diwujudkan sebagaimana terhasrat dalam Titah Yang di-Pertuan Agong.

  6. Mesyuarat MKT malam ini juga mempertegaskan pendirian sebagaimana yang telah diputuskan di Perhimpunan Agung UMNO 2020, untuk tidak sesekali menyokong sebarang usaha mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ataupun Kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-PH (DAP-PH Led Government).

UMNO BERSAMA RAKYAT

KENYATAAN MEDIA
AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
7 Julai 2021

Terkini

Kemusnahan Los Angeles lebih dahsyat bom nuklear – Trump

Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah tertinggi RM13 bilion mula diagih – MOF

Dua anggota polis terbunuh dalam serangan bom di Narathiwat

Sunway Property umum Pengarah Urusan baharu

Boling Piala Dunia: pasukan lelaki negara rangkul emas

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Video thumbnail
Kebakaran hutan Los Angeles
01:00
Video thumbnail
126 maut, 188 cedera dalam gempa bumi M6 8 di Xizang (Tibet)
01:00
Video thumbnail
Hujan lebat dan banjir kilat melanda Makkah, Madinah and Jeddah
01:00
Video thumbnail
Datuk Seri Najib Razak tiba di Mahkamah Rayuan Putrajaya bagi proses rayuan penolakan Titah Adendum
01:00
Video thumbnail
Wabak HMPV di China: Gejala, penularan dan apa yang perlu anda tahu
01:00
Video thumbnail
Percikan bunga api menakjubkan di bangunan Taipei 101 semasa sambutan Tahun Baru
01:00
Video thumbnail
Pertandingan Marhabban anjuran Penyelaras DUN Hulu Bernam, Datuk Mohd Isa Abu Kasim.
00:47
Video thumbnail
Sungai Golok 'Mengepung', penduduk berlumba dengan masa selamatkan harta
01:00
Video thumbnail
Kolam takungan pecah, Taman Seri Alam bagai dilanda tsunami
01:00
Video thumbnail
Taliban isytiharkan perang ke atas Pakistan
01:00
Video thumbnail
Sekurang kurangnya 28 maut, pesawat penumpang Boeing 737 800, Jeju Air 7C2216 melanggar tembok dan t
01:00
Video thumbnail
Tengah berzikir atau ritual memuja di tanah perkuburan
01:00
Video thumbnail
Tom Yum Kung terima pengiktirafan antarabangsa UNESCO
01:48
Video thumbnail
Puluhan maut, pesawat penumpang Embraer 190 Azerbaijan Airlines terhempas di Kazakhstan
01:00
Video thumbnail
Taufan Chido melanda Mayotte, paling dahsyat dalam 100 tahun
01:00
Video thumbnail
Banjir kilat di Presint 11, kenderaan ditenggelami air
01:00
Video thumbnail
Kapten Penerbangan MAS tunjuk ‘skill’ mendarat secara teknik 'crabbing' dapat perhatian dunia
01:00
Video thumbnail
Banjir: 14 wilayah selatan Di Thailand dalam keadaan berjaga jaga
01:00
Video thumbnail
Tiga wilayah selatan Thailand dilanda banjir, hujan lebat berterusan lima hari #Pattani #Yala
01:00
Video thumbnail
Soalan Mengenai Tindakan AGC dalam Kes Najib dan Irwan Yang Diberi DNAA
01:54
Video thumbnail
Najib, Irwan dilepas tanpa bebas tuduhan IPIC
01:00
Video thumbnail
SRT menangguhkan perkhidmatan di Wilayah Selatan apabila landasan kereta api ditenggelami air
01:00
Video thumbnail
16 maut dan 6 hilang akibat tanah runtuh dan banjir di Sumatera Indonesia
01:00
Video thumbnail
Jenazah mangsa kemalangan di Putrajaya telah dituntut keluarga
01:00
Video thumbnail
PGA Pasang Papan Tanda Amaran Tidak Guna Laluan Pangkalan Haram Untuk Ke Golok
01:00
Video thumbnail
CADANGAN MANSUHKAN SUBSIDI MINYAK MASAK PAKET DIBINCANGKAN
01:00
Video thumbnail
Tragedi kepala air: 'Kak Chik sempat hantar swafoto latar sungai'
01:00
Video thumbnail
Dakwaan iktiraf Israel: Fitnah untuk kepentingan politik sempit, jangan perbodoh rakyat – Anwar
05:14
Video thumbnail
Apa masalah Takiyuddin nak faham ni erk?
01:00
Video thumbnail
Kelebihan solat berjemaah di saf yang pertama
00:31
Video thumbnail
Serangan bom berani mati di stesen kereta api di Pakistan membunuh sekurang-kurangnya 26 orang
01:00
Video thumbnail
Nur Nilam sari
00:34
Video thumbnail
Gunung Lewotobi Laki Laki memuntahkan abu beberapa hari selepas letusan maut
01:00
Video thumbnail
Penganut Hindu India mandi di sungai suci yang dicemari oleh sisa kumbahan dan industri
01:00
Video thumbnail
Gurun Arab Saudi bertukar hamparan putih seakan salji
01:00
Video thumbnail
Mari belajar tatanegara..
00:37
Video thumbnail
Tembak bekas kekasih bersama kekasih baru kerana cemburu
01:00
Video thumbnail
Penyanyi wanita Kelantan bersama 5 rakan dibawa ke Mahkamah Narathiwat
01:00
Video thumbnail
حَيَّ عَلَىٰ ٱلصَّلَاةِ
00:55
Video thumbnail
RUGI TAK BANGUN SOLAT SUBUH BERJEMAAH
01:00
Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…

Tag

Berkaitan

Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat

Dokumen tambahan libatkan Najib: Menteri UMNO sedia beri keterangan kepada mahkamah

PAS dan peranan mereka dalam landskap politik Malaysia

Bersatu yang semakin ‘lemah’ tiada pilihan selain menyertai perhimpunan Najib

UMNO tarik serta-merta sokongan terhadap Muhyiddin

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang bermesyuarat pada hari Rabu 7 Julai 2021 bersamaan 27 Zulkaedah 1442 Hijrah secara atas talian telah membuat ketetapan seperti berikut:

  1. Mengabsahkan keputusan penangguhan pemilihan UMNO selama 18 bulan selaras dengan Fasal 10.16 Perlembagaan UMNO.

  2. Mengambil maklum keputusan Biro Politik UMNO melalui kenyataan Presiden untuk memberikan tempoh 14 hari bagi Kerajaan menghormati titah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah agar memanggil Sidang Parlimen secepat mungkin. Hasil tekanan yang dilakukan UMNO inilah, akhirnya Kerajaan akur untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong supaya Mesyuarat Khas Penggal Ketiga Parlimen ke-14 bakal diadakan selama lima hari bermula 26 Julai 2021.

  3. Mesyuarat juga telah memperhalusi dan menimbangkan beberapa garis panduan utama yang ditetapkan oleh MKT pada 11 Mac 2020 tatkala UMNO memberikan sokongan Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin selaku Perdana Menteri. DUA PANDUAN utama adalah seperti berikut:

I. Kerajaan harus memastikan aspirasi rakyat benar-benar direalisasikan.
II. Kerajaan harus segera menangani kelembapan ekonomi dan melakarkan pelan tindakan berkesan menangani pandemik Covid-19.

  1. Walau bagaimanapun setelah diperhalusi, segala panduan utama yang digariskan UMNO sebagai syarat meneruskan sokongan terhadap Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin GAGAL dipenuhi dan dilaksanakan dengan memuaskan. Ternyata Kerajaan GAGAL dalam memenuhi aspirasi rakyat dalam beberapa perkara utama seperti berikut:

I. Kegagalan Kerajaan menangani pandemik Covid-19 secara berkesan sehingga mencetuskan keresahan dan kemurungan serius rakyat. Ini termasuklah polisi-polisi yang tidak konsisten, perlaksanaan PKP yang separa masak dan berubah-rubah hingga rakyat dikurung secara sia-sia selama hampir 6 bulan tanpa pembelaan yang sewajarnya. Contohnya, ‘TOTAL LOCKDOWN’ yang separa masak hanya menggandakan jumlah kematian dari 2,800 kepada lebih 5,768 korban hanya dalam tempoh 38 hari setelah PM mengumumkan ‘TOTAL LOCKDOWN’.

II. Kegagalan Kerajaan dengan menyalahgunakan Darurat yang hanya untuk muslihat politik hingga memudaratkan rakyat dan ekonomi negara, sekaligus menafikan suara UMNO yang sejak dari awal membantah keras proklamasi tersebut. Malah Ordinan Darurat yang kononnya boleh digunakan untuk membantu rakyat, ternyata lebih banyak membebankan dengan pelbagai kompaun bersifat ‘dwi-standard’ dan melampau yang dikenakan ke atas rakyat, dalam keadaan mereka sudah sedia terbeban dengan isu-isu survival dan kelangsungan hidup.

III. Kegagalan Kerajaan untuk mempertahankan sistem demokrasi Berparlimen hingga memandulkan segala amalan demokrasi semak dan imbang yang menjamin hak dan suara rakyat terbela terutamanya dalam memantau segala inisiatif kerajaan dalam menangani pandemik termasuk aspek perbelanjaan, perolehan dan segala usaha vaksinasi.

IV. Kegagalan Kerajaan menguruskan bantuan dan tuntutan rakyat secara berkesan untuk semua peringkat dan kategori. Ini termasuklah tuntutan Moratorium 2.0 tanpa caj/faedah terakru, dasar moratorium yang tidak dipanjangkan kepada agensi-agensi Kerajaan yang lain seperti LPPSA (Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam), skim i-Citra yang tidak mesra rakyat, bantuan tunai seperti BPR, BPN dan BKC yang lambat dan amat terhad hingga ramai tercicir dan terpaksa melalui karenah birokrasi yang membebankan.

V. Kegagalan Kerajaan untuk memberikan keyakinan dan kepercayaan kepada rakyat dalam menguruskan kebajikan mereka hingga berlaku peningkatan serius dalam permasalahan sosial seperti kes bunuh diri (Nota: Jumlah kes bunuh diri daripada Mac 2020 hingga Mei 2021 sebanyak 1,099 kes). Gerakan #BenderaPutih adalah satu contoh manifestasi kekecewaan dan protes rakyat terhadap kegagalan Kerajaan untuk menyantuni keperluan rakyat yang amat susah, tertekan dan terdesak ketika ini.

VI. Kegagalan Kerajaan mengurus kestabilan politik dan ekonomi hingga mewujudkan ketidakyakinan pelabur terhadap kemampuan menguruskan negara dan pandemik. Indeks Pengendalian Covid yang dikeluarkan Bloomberg meletakkan negara di tempat ke-3 paling corot antara 53 negara ekonomi utama.

VII. Kegagalan Kerajaan yang jelas memperkotak-katikkan Titah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah hingga terpaksa berulang-kali mengeluarkan kenyataan media dan titah mengadap supaya Parlimen dibenarkan bersidang dan membahaskan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara. Selaku parti yang menjadi benteng utama membela Institusi Raja-Raja Melayu sebagaimana Fasal 3 Perlembagaan UMNO, UMNO tidak boleh berkompromi dengan sikap biadap Kerajaan terhadap Institusi Raja.

  1. Berpandukan 7 perkara di atas ternyata bahawa Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin GAGAL memenuhi segala garis panduan yang dikemukakan oleh MKT pada 11 Mac 2020, sebagai syarat meneruskan sokongan.

  2. Memenuhi mandat sebulat suara para perwakilan di Perhimpunan Agung UMNO 2020 dan berpandukan kepada 7 kegagalan Kerajaan memenuhi aspirasi rakyat yang digariskan, maka tempoh memberikan sokongan kepada Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin selaku Perdana Menteri DITARIK BALIK dan DITAMATKAN serta merta.

  3. Justeru, UMNO mendesak agar Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yasin dapat berundur secara terhormat bagi membolehkan seorang Perdana Menteri baharu dilantik untuk suatu tempoh yang terhad.

  4. Tempoh Perdana Menteri yang baharu akan hanya memfokuskan usaha membantu kebajikan rakyat sepanjang pandemik, menangani Covid-19 dengan pendekatan inklusif dan memastikan proses vaksinasi dan imunisasi dapat disegerakan.

  5. Setelah berjaya mencapai tahap imunisasi kelompok, Perdana Menteri baharu mestilah segera menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk diadakan Pilihan Raya Umum ke-15. Ini penting bagi membolehkan sebuah Kerajaan yang benar-benar stabil dan memperoleh mandat majoriti rakyat diwujudkan sebagaimana terhasrat dalam Titah Yang di-Pertuan Agong.

  6. Mesyuarat MKT malam ini juga mempertegaskan pendirian sebagaimana yang telah diputuskan di Perhimpunan Agung UMNO 2020, untuk tidak sesekali menyokong sebarang usaha mencalonkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ataupun Kerajaan yang ditunjangi oleh DAP-PH (DAP-PH Led Government).

UMNO BERSAMA RAKYAT

KENYATAAN MEDIA
AHMAD ZAHID BIN HAMIDI
7 Julai 2021

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

Berkaitan

Abang Johari yakin keutuhan parti tidak tergugat

Dokumen tambahan libatkan Najib: Menteri UMNO sedia beri keterangan kepada mahkamah

PAS dan peranan mereka dalam landskap politik Malaysia

Bersatu yang semakin ‘lemah’ tiada pilihan selain menyertai perhimpunan Najib

Kemusnahan Los Angeles lebih dahsyat bom nuklear – Trump

Penyaluran Sumbangan Asas Rahmah tertinggi RM13 bilion mula diagih – MOF

Dua anggota polis terbunuh dalam serangan bom di Narathiwat

Sunway Property umum Pengarah Urusan baharu

Boling Piala Dunia: pasukan lelaki negara rangkul emas

Remaja itahan memandu tanpa lesen, akibatkan kemalangan maut di Jalan Stutong

Sarawak kerjasama dengan Jepun hasilkan tekstil angkasawan