BERITAKes jenayah siber naik lebih 70% pada 2020

Kes jenayah siber naik lebih 70% pada 2020

SINGAPURA: Kes jenayah siber melonjak lebih 70 peratus tahun lalu, iaitu hampir separuh daripada jumlah keseluruhan jenayah yang dilaporkan.

Demikian menurut laporan terbaru Agensi Keselamatan Siber Singapura (CSA).

Lebih 16,000 insiden jenayah siber dilaporkan dengan kebanyakan daripadanya melibatkan penipuan online.

Ini satu kenaikan lebih 9,300 berbanding tahun sebelumnya.

CSA menyatakan ini berlaku sedang rakyat Singapura melakukan lebih banyak urus niaga online kerana COVID-19.

Kes perisian tebusan juga meningkat dengan hampir 90 kes dilaporkan pada 2020, naik daripada 35 pada tahun sebelumnya.

Kebanyakan mangsa adalah syarikat kecil dan sederhana daripada sektor-sektor seperti pengilangan, runcit dan jagaan kesihatan.

Laporan itu memberi amaran perisian tebusan kini satu ancaman besar dengan banyak insiden berprofil tinggi yang berlaku di peringkat global.

Maka ia menggesa syarikat-syarikat untuk melindungi sistem mereka.

Menurut laporan itu lagi, rangkaian yang tidak tersusun dengan baik sedang para pekerja bertugas dari rumah menjadikan syarikat-syarikat lebih terdedah kepada serangan siber.

Ia juga menjangkakan rantaian bekalan akan semakin tersasar.

– CNA/EM/ha

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Visi ECRL Najib Razak dan potensi Pelabuhan Kuantan mengubah landskap logistik serantau: Jambatan Darat Thailand bukan ancaman

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami