UtamaNUSANTARAPertukaran baru data perdagangan...

Pertukaran baru data perdagangan pertingkat pengesanan kargo, logistik - pakdin.my

SINGAPURA: Syarikat logistik dan perkapalan akan dapat berkongsi lebih banyak data secara selamat mengenai pergerakan barangan apabila satu pertukaran data perdagangan baru dilancarkan pada 2022, membolehkan mereka mengoptimumkan operasi.

Berdasarkan ujian perintis yang dijalankan setakat ini, Pertukaran Data Perdagangan Singapura (SGTraDex) dijangka memperoleh nilai lebih dari S$200 juta setiap tahun bagi ekosistem rantaian bekalan, kata Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat hari ini (13 Jul).

ATASI OPERASI TIDAK CEKAP

Pergerakan barangan sering dihambat oleh operasi tidak cekap yang “ketara” seperti kesesakan depot dan gudang, pelbagai borang penghantaran yang memerlukan maklumat serupa serta pengesanan tidak tepat tempahan di pihak pembeli, kata Encik Heng.

Menyifatkannya sebagai satu kejayaan, beliau berkata SGTraDex akan membolehkan pihak-pihak berkepentingan untuk “guna segera” (plug and play) dan bertukar-tukar maklumat dengan firma lain dengan cara yang selamat. Data yang sebelumnya tidak ada atau sukar diperoleh, seperti lokasi kargo mengikut masa nyata, juga akan lebih mudah diakses.

Ujian perintis itu menunjukkan bahawa SGTraDex akan membantu memperkukuh integriti pembiayaan aliran perdagangan, mengoptimumkan fungsi logistik dalam rantaian bekalan rakan-rakan dan mempertingkat pemantauan ke atas urus niaga, jelas Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dalam satu kenyataan media.

Prasarana data umum untuk pihak berkepentingan rantaian bekalan dilakarkan oleh Perikatan bagi Tindakan mengenai Pendigitalan Rantaian Bekalan (Alliance for Action on Supply Chain Digitalisation), diadakan oleh Pasukan Bertindak Bangkit Lebih Kukuh untuk menentukan hala tuju pemulihan ekonomi Singapura pascapandemik.

Pertukaran data perdagangan adalah sebahagian daripada rangkaian prasarana digital yang sedang dikembangkan yang juga meliputi Pertukaran Data Kewangan Singapura (SGFinDex) yang dilancarkan pada Disember.

SGTraDex juga fleksibel untuk menjadi prasarana data bagik sektor-sektor lain dari binaan hinggalah penerbangan, tambah IMDA.

PELABURAN S$70 JUTA DALAM PERHUBUNGAN MASA DEPAN

Encik Heng juga mengumumkan bahawa Singapura akan melabur hampir S$70 juta untuk menyokong penyelidikan innovatif melalui Program Kajian dan Pembangunan Komunikasi Masa Depan (FCP).

Walaupun rangkaian 5G dijangka akan meliputi sepertiga penduduk dunia menjelang 2025, Singapura perlu “melihat kepada baki dua pertiga (penduduk)”, kata Encik Heng dalam ucapannya di sidang puncak Asia Tech x Singapore.

FCP akan menubuhkan tapak uji R&D bagi teknologi-teknologi komunikasi generasi akan datang, mempermudahkan industri untuk mendakapi teknologi-teknologi itu dan menyokong kajian serta biasiswa peringkat sarjana dalam bidang-bidang tersebut, menurut IMDA.

Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) bakal menjadi tuan rumah program tersebut.

FCP juga akan menjalin kerjasama antarabangsa, bermula dengan memorandum persefahaman dengan Pejabat Utama 6G Finland, tambah IMDA.

– CNA/TQ/tq

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...

Alat sulit ‘patah’ ketika hubungan intim ganas dengan isteri

JAKARTA – Alat sulit seorang lelaki berusia 50 tahun di Indonesia dipercayai ‘patah’ melakukan hubungan intim ganas bersama isterinya, lapor portal berita MailOnline semalam. Lelaki...