UtamaNASIONALMenteri Kabinet Sabah terlibat...

Menteri Kabinet Sabah terlibat dalam kemalangan - pakdin.my

Datuk Azizah Mohd Dun

KOTA KINABALU – Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun terlibat dalam kemalangan apabila kereta yang dinaikinya terbabas berdekatan Hotel Airport View, di KM6, Jalan Kepayan di sini, awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 7.45 pagi itu, kereta yang dipandu pemandunya, Yousriesyah Hujin, 33, tiba-tiba hilang kawalan lalu masuk ke arah bertentangan dan melanggar besi penghadang jalan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Ahmad Sofi, ketika ditemui pemberita di Hospital Queen Elizabeth 2, Luyang di sini, mengesahkan kejadian tersebut dan kes disiasat di bawah Sek 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Polis menerima laporan kemalangan di hadapan Hotel Airport View yang difahamkan waktu itu hujan lebat.

“Kemalangan berlaku ke atas seorang menteri kabinet Sabah yang hanya membabitkan sebuah kereta,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Dr Mohd Yusof Ibrahim ketika ditemui hospital berkata Azizah dilaporkan stabil dan tidak mengalami sebarang kecederaan dalaman.

“Keadaanya stabil…sekarang, kita memberinya (Azizah) berehat,” katanya.

Dr Mohd Yusof berkata Yousriesyah kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth 1 dekat sini dan keadaannya juga stabil manakala pengawal keselamatan Sairun Hamid, 51, masih memerlukan rawatan rapi.

“Beliau (Sairun) kini masih berada di dalam bilik pembedahan dan kita masih berusaha memberhentikan pendarahan yang dialami Sairun,” katanya.

Difahamkan Sairun yang duduk di bahagian belakang mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat tersepit yang memerlukan pembedahan.

Sementara itu, Setiausaha Perhubungan Awam menteri itu, Faizal Arshad berkata Azizah dibawa ke Unit Kecemasan Hospital Queen Elizabeth 1 pukul 8 pagi sebelum dipindahkan di Hospital Queen Elizabeth 2, Luyang kira-kira pukul 11 pagi.

Faizal berkata ketika kejadian, Azizah sedang dalam perjalanan menuju ke Beaufort untuk menyempurnakan beberapa program penting termasuk merasmikan mesyuarat Umno kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias, di Kampung Lajau, Gadong di Beaufort.

Menurutnya, Azizah juga dijadualkan merasmikan acara sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di River Park Hotel, Beaufort.

Berkaitan

Baca Juga

Letupan bom di tepi jalan membunuh pegawai polis dan mencederakan empat lagi di selatan Thailand

Satu letupan bom di tepi jalan membunuh seorang pegawai polis dan mencederakan empat lagi pegawai di wilayah Pattani di selatan Thailand semalam. Beberapa anggota pegawai...

Pelajar perempuan dirogol di asrama sekolah di hadapan rakan-rakan

Seorang gadis berusia 17 tahun telah dirogol di hadapan rakan-rakannya oleh seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun ketika dia berada di asrama kuarantin Covid-19...

Menteri BN dalam kerajaan dikelilingi ‘musuh dalam selimut’, kata Zahid

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin tidak perlu beria-ia sangat mengumumkan Barisan Nasional (BN) musuh utama Perikatan Nasional (PN). Pengumuman itu sekadar...

[VIDEO] MBJB naik taraf pam air dalam usaha tangani banjir kilat

JOHOR BAHRU -- Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) akan menaik taraf pam air dari empat unit kepada enam unit di Rumah Pam Sungai Chat,...

[VIDEO] Polis kesan peragut rantai emas

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan peragut di dalam sebuah video insiden ragut rantai emas yang sedang dipakai mangsa ketika duduk di atas motosikal...

[VIDEO] Jambatan Kampung Parit Baru runtuh

BATU PAHAT: Akibat dirempuh rumput tebal ketika air sungai deras, jambatan utama di Kampung Parit Baru, Parit Raja di sini runtuh semalam 24 September...

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA

65 tahun dahulu, Tun Dr Ismail berucap menggunakan bahasa Melayu di UNGA NEW YORK: Enam puluh lima tahun lalu, seorang pemimpin bernama Ismail mencipta sejarah...

[VIDEO] Zahid bebas: Sampul apa boleh muatkan wang S$600,000 dan tiga saksi tak boleh dipercayai – Hakim

Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dilepas dan dibebaskan daripada 40 pertuduhan rasuah yang dihadapinya berhubung Sistem Visa Luar Negara...

[VIDEO] Pemandu lori maut, tujuh anggota polis cedera kemalangan di PLUS berhampiran R&R Pedas-Linggi

REMBAU: Seorang pemandu lori maut manakala tujuh anggota polis cedera dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 225, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) berhampiran Hentian...

[VIDEO] Peguam Anwar, Zulkifli Noodin suruh Azilah reka-cipta Akuan Bersumpah palsu sabitkan Najib, Rosmah bunuh Altantuya

Datuk Zulkifli Noordin bekas peguam Anwar berkata beliau membuat keputusan untuk meletakkan jawatan sebagai peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana tidak mahu bersubahat mengikut...

[VIDEO] Remaja hilang dari rumah ditemui lemas

MIRI – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang dari rumahnya sejak petang semalam ditemui lemas di Pantai Coco Cabana di sini petang tadi 19...

[VIDEO] Gunung berapi lumpur di Tabin, Lahad Datu ‘meletus’

KOTA KINABALU: Sebuah gunung berapi lumpur di Taman Hidupan Liar Tabin, Lahad Datu memuntahkan lumpur dalam jumlah yang banyak selepas dipercayai 'meletus' pagi tadi. Fenomena...