Nazri yakin perjanjian CSA Muhyiddin, DAP sudah wujud

Seorang lagi ahli Parlimen UMNO melahirkan keyakinan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) sudah mewujudkan perjanjian kepercayaan dan perbekalan (CSA) dengan DAP sebelum UMNO memutuskan untuk keluar kerajaan, minggu lalu.

Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, keyakinan itu berdasarkan komitmen Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjanjikan peruntukan bakul makanan bernilai RM300,000 kepada setiap ahli Parlimen termasuk pembangkang baru-baru ini.

Katanya, secara lazim, amalan politik di Malaysia menyaksikan kerajaan memerintah tidak menyalurkan sebarang peruntukan tahunan kepada ahli Parlimen blok pembangkang yang dipercayai bernilai lebih RM3 juta.

“Sama ada wujud perjanjian CSA antara Muhyiddin dan DAP, saya tidak dapat sahkan.

“Lazimnya, sistem politik negara kita mengamalkan kaedah kerajaan tidak menyalurkan sebarang peruntukan tahunan kepada ahli-ahli Parlimen pembangkang.

“Namun dengan komitmen terbaru program bantuan bakul makanan untuk membantu rakyat terkesan krisis Covid-19, saya percaya perjanjian CSA mungkin sudah diwujudkan Muhyiddin bersama DAP sahaja atau keseluruhan pihak pembangkang,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang menjangkakan kerajaan PN dipimpin Muhyiddin bakal menerima sokongan tidak dijangka daripada DAP pada saat memerlukan.

Jangkaan Tajuddin itu berasaskan langkah alternatif mungkin diambil kerajaan PN dan DAP sekiranya UMNO berterusan mendesak Muhyiddin untuk meletak jawatan dalam masa terdekat.

Untuk rekod, perjanjian CSA ini merupakan satu usaha bagi mengelakkan parlimen tergantung, dengan parti pembangkang akan bersetuju tidak akan menentang kerajaan minoriti tipis melalui undi percaya, mahupun undi bajet, namun mempunyai hak menentang peraturan atau undang-undang lain.

Perjanjian ini biasa dilakukan oleh negara-negara Komanwel dengan kerajaan Britain selepas pilihan raya umum 2017 turut memeterainya.

Hal itu berlaku selepas Perdana Menteri Britain ketika itu, Theresa May daripada Parti Konservatif yang telah kehilangan sokongan majoriti ahli Parlimen, bersetuju untuk membuat perjanjian CSA dengan Parti Kesatuan Demokraktik.

Mohamed Nazri menambah, perjanjian CSA yang mungkin dipersetujui kerajaan PN bersama DAP, tidak semestinya berbentuk sokongan secara kepartian.

Sebaliknya, beliau menegaskan Muhyiddin boleh memeterai perjanjian itu dengan pemimpin-pemimpin DAP atau parti pembangkang lain termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) secara persendirian.

“Paling penting, perjanjian CSA berkenaan membolehkan kerajaan PN akan terus bertahan meskipun berstatus minoriti kelak.

“Lagipun, parti-parti pembangkang seperti DAP sudah pasti menyedari sekarang bukan masa terbaik untuk mereka bertindak menukar kerajaan kerana tindakan itu akan mengundang kemarahan rakyat pada saat mereka susah dan menderita akibat Covid-19,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menafikan parti itu akan menyokong Muhyiddin dalam usul undi percaya kepimpinan Perdana Menteri sebagaimana didakwa Tajuddin.

Memetik laporan portal Free Malaysia Today (FMT), Guan Eng turut menegaskan DAP dan keseluruhan blok pembangkang sebaliknya akan terus mendesak Muhyiddin meletak jawatan susulan kehilangan sokongan majoriti ahli Parlimen, susulan keputusan UMNO menarik balik sokongannya serta-merta.

“Dakwaan Tajuddin adalah satu ‘penipuan’. Saya minta beliau tunjukkan bukti kerjasama CSA dengan Muhyiddin seperti didakwa.

“Penipuan ini tercetus kerana pertelingkahan dalaman UMNO. Khabar angin ini dicetuskan oleh pihak dalam UMNO yang menyokong Muhyiddin,” katanya.

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...