BERITASetiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi positif Covid-19

Setiausaha Politik Menteri Pengajian Tinggi positif Covid-19

Setiausaha Politik kepada Menteri Pengajian Tinggi, Datin Maizatul Akmam Alawi @ Ad Badawi disahkan positif jangkitan koronavirus (Covid-19) dan kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital di Sabah.

Difahamkan beliau telah disahkan dijangkiti dengan pandemik tersebut ketika berkempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 baru-baru ini.

Hari ini, Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Dr Ahmad Masrizal Mohamad juga didapati positif Covid-19 selepas ujian kedua dilakukan pada Rabu lepas.

Sebelum ini, beberapa pemimpin parti politik yang turut disahkan positif Covid-19 ialah Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razlan Muhammad Rafii.

Selain itu, turut positif ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Amiruddin Yusof dan Exco Pertanian, Industri dan Asas Tani negeri Kedah, Azman Nasaruddin.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Semua aset 1MDB telah diambil oleh kerajaan, tetapi masih dikira sebagai hutang 1MDB kepada kerajaan?

Najib gembira dapat DNAA – Peguam

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami