2 lagi kluster baru Covid-19 dikesan di Sabah, Selangor - pakdin.my

Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan 2 lagi kluster baru dilaporkan hari ini, masing-masing 1 di Sabah dan Selangor.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, di Sabah membabitkan kluster Kau Sing dan di Selangor kluster Embun.

Katanya, kluster Kau Sing dikenal pasti di Tawau, dengan kes indeks kluster itu seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 29 tahun yang dikesan positif melalui saringan individu bergejala pada 25 Sept 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Tawau.

“Susulan itu, saringan kontak rapat dijalankan dan 6 lagi kes positif dikenal pasti. Daripada 7 kes yang dikesan positif, 5 merupakan warganegara Malaysia dan 2 kes bukan warganegara.

Mereka dimasukkan ke Hospital Tawau, Sabah.

“Sehingga 4 Okt 2020, 12 tengah hari, 27 individu telah disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut: 7 dikesan positif, 9 negatif dan 11 masih menunggu keputusan. Punca jangkitan masih dalam siasatan,” katanya.

Noor Hisham, kluster Embun dikenal pasti di Hulu Langat, Selangor.

“Kes indeks kluster ini adalah seorang lelaki warganegara Malaysia berumur 41 tahun yang dikesan positif melalui saringan individu bergejala pada 29 Sept 2020 dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.

“Susulan itu saringan kontak rapat dijalankan dan 4 lagi kes positif dikenal pasti. Semua kes positif melibatkan warganegara Malaysia dan dimasukkan ke hospital sama untuk rawatan.

“Sehingga 4 Okt 2020, 12 tengah hari, 52 individu disaring. Keputusan saringan adalah seperti berikut: 5 dikesan positif, 21 negatif dan 26 masih menunggu keputusan. Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan,” katanya.

293 kes baru Covid-19 dilaporkan hari ini, sementara 67 pesakit pulih dalam tempoh 24 jam.

Daripada jumlah itu, Sabah mencatat jumlah jangkitan harian tertinggi membabitkan 126 kes hari ini, diikuti Kedah 113 dan Selangor 31 kes.

UTAMABERITA2 lagi kluster baru Covid-19 dikesan di Sabah, Selangor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium