“Semua Orang Nak Cari Gaduh Dan Cakap Bukan – Bukan Pada Saya, Saya Sedih”.. – Ebit Lew - pakdin.my

Sebuah video yang dimuat naik di aplikasi Tiktok yang memaparkan luahan rasa Ustaz Ebit Lew mendapat perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, Ustaz Ebit Lew dilihat meluahkan kekesalan beliau terhadap segala kata-kata yang dilemparkan oleh segelintir pihak terhadapnya.

“Saya susah nak mengata siapa-siapa. Saya susah nak bergaduh dengan siapa-siapa.

“Tapi, sejak kebelakangan ini, orang tak berhenti datang. Semua orang nak cari gaduh dengan saya. Semua orang nak cakap bukan-bukan terhadap saya. Saya jadi sedih,” ujarnya.

Malah, Ustaz Ebit Lew turut meluahkan perasaan sedih apabila terdapat segelintir pihak yang menghantar mesej berbaur ugutan kepadanya.

Walaupun menerima pelbagai cemuhan dan kecaman, Ebit Lew mengatakan beliau tidak pernah merasa takut dengan sesiapa pun.

“Saya memang tak takut siapa-siapa sejak kecil. Saya tahu hidup saya Allah yang tentukan, mati saya juga Allah yang tentukan.

“Saya tak balas pun orang mesej saya bukan-bukan. Kalau orang ugut, saya tak balas. Kalau setakat berkata, saya tak kisah sangat tapi kalau melibatkan macam-macam orang, yang itu saya jadi sedih,” luahnya dalam video berkenaan.

UTAMAGAYA HIDUP“Semua Orang Nak Cari Gaduh Dan Cakap Bukan – Bukan Pada Saya,...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium