“Saya Jadi Peminat Program Ini Semenjak Kecil…” – Ganti Daiyan Trisha, Sissy Imann Jadi Hos Baru Muzik Muzik 36 - pakdin.my

Penyanyi Sissy Imann membuat kejutan apabila bakal menggantikan Daiyan Trisha sebagai  hos baru rancangan Muzik Muzik 36 yang akan disiarkan di TV3 bermula 1 Ogos ini.

Walaupun baru menapak dalam bidang pengacaraan, Sissy yakin tanggungjawab yang digalasnya dapat dilaksanakan dengan baik.

“Alhamdulillah, Sissy sangat-sangat gembira dengan peluang dan rezeki yang diberikan. Sebetulnya, rancangan ini sangat dekat dengan jiwa Sissy sebagai penyanyi dan seterusnya menyambung pelajaran dalam bidang muzik.

“Kalau nak dikatakan sebenarnya Sissy menonton Muzik Muzik sejak dari kecil.  Pada Sissy ia sesuatu yang cukup istimewa dan bermakna”, kata Sissy ketika ditemui sidang media hos Muzik Muzik secara maya.

Ditanya mengenai gandingannya sebagai hos bersama pengacara tersohor Alif Satar, menurut Sissy dia masih belum menghubungi dan membincangkan secara terperinci dengan Alif namun yakin gandingan mereka berdua akan merancakkan lagi rancangan tersebut kerana sebelum ini pernah bekerja bersama Alif.

Sissy turut mengakui sangat tertarik dengan gaya pengacaraan yang dibawakan oleh pengacara Muzik Muzik terdahulu seperti Sherry Al Hadad, Cheryl Samad dan Farah Fauzana.

Walaupun masih baru dalam bidang pengacaraan namun penyanyi berusia 25 tahun itu percaya pada rezeki dan akan  melakukan tanggungjawab yang diberi dengan sebaik mungkin.

Jangan lupa saksikan rancangan Muzik Muzik di TV3 yang akan bersiaran setiap hari Ahad jam 11.30 pagi bersama gandingan hos baru Sissy Imann dan Alif Satar.

UTAMAGAYA HIDUP“Saya Jadi Peminat Program Ini Semenjak Kecil…” – Ganti Daiyan Trisha, Sissy...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium