MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

COVID-19: Tingkatkan kadar vaksinasi, perhebatkan usaha kurangkan kadar jangkitan kes – Ahmad Zahid

Sepatutnya kita mengamalkan pendekatan serampang dua mata bagi melindungi rakyat dari pandemik COVID-19, saran Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ujar Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, kadar vaksinasi dipertingkat dan dalam masa sama usaha kurangkan kadar jangkitan diperhebat.

“Kita sokong penuh usaha meningkatkan vaksinasi kerana memang ini yang dituntut selama ini. Namun kita percaya vaksinasi di Malaysia sepatutnya sudah lama mencapai ‘herd immunity’.

“Iaitu selepas hari pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) bermula pada 24 Februari. Iaitu dengan hanya mengambil kira 158,000 orang diberi suntikan sehari sejak 151 hari yang lalu.

“Tetapi apakan daya sehingga hari ini cuma kira-kira lima juta telah lengkap dua dos suntikan. Manakala mereka yang baru menerima satu dos suntikan sekitar 11 juta,” ujarnya dalam satu hantaran di Facebook malam ini.

Bagaimanapun jelas Ahmad Zahid, kita sedikit lega dimaklumkan kini lebih 400,000 dos suntikan diberi sehari.

“Iaitu selepas lebih 8,200 nyawa rakyat yang tidak bersalah terkorban akibat COVID-19. Dan petugas kesihatan kian terbeban untuk mencapai suntikan yang tinggi setiap sehari.

“Kita faham mereka mahu rakyat ‘happy’ dengan angka-angka suntikan harian vaksin yang tinggi ketika ini.

“Tetapi dalam masa sama kita kurang ‘happy’ dengan kes jangkitan pernah mencecah lebih 17,000 kes sehari,” katanya lagi.

Begitu juga sentuhnya, keseluruhan kes jangkitan COVID-19 direkodkan di Malaysia sejak tahun lalu sudah lebih 1 juta.

“Entah mengapa kadar jangkitan meningkat seiring dengan peningkatan kadar vaksinasi.

“Ini bermaksud sementara menunggu ketibaan ‘herd immunity’ masih ada nyawa berisiko terkorban,” kesalnya. – UMNO ONLINE

Berkaitan

Kronolodi isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman

Jawatankuasa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman setuju pindah

Maut terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba curi kabel

Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

Terkini

Harimau Malaya tewaskan Nepal 2-0 dalam Kelayakan Piala Asia 2027

China haramkan 19 lot produk Thailand – Susu pekat manis gagal patuh standard keselamatan

‘Belum muktamad dengan imej ini, tapi segan bila tak bertudung’

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

Harimau Malaya tewaskan Nepal 2-0 dalam Kelayakan Piala Asia 2027

China haramkan 19 lot produk Thailand – Susu pekat manis gagal patuh standard keselamatan

Kronolodi isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman

Jawatankuasa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman setuju pindah

‘Belum muktamad dengan imej ini, tapi segan bila tak bertudung’

Maut terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba curi kabel

Tayang paha gebu, Ameera Khan dikecam tak hormat bulan Ramadan

Harga saham Dayang Enterprise meningkat selepas peroleh kontrak Petronas Carigali

Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan
01:00