BERITADUNIAPresiden Lubnan pilih bekas PM Mikati bentuk kerajaan baharu

Presiden Lubnan pilih bekas PM Mikati bentuk kerajaan baharu

BEIRUT — Presiden Lubnan memilih bekas Perdana Menteri Najib Mikati untuk membentuk kerajaan baharu, kata pejabat presiden pada Isnin.

Menurut Agensi Anadolu, pengumuman itu dibuat selepas parlimen yang diketuai Presiden Michel Aoun mengadakan perbincangan di istana presiden di Baabda, timur ibu negara Beirut.

Mengulas mengenai pemilihannya, Mikati memberitahu sidang media di Istana Baabda beliau akan membentuk kerajaan yang kukuh demi melindungi kepentingan ekonomi dan negara.

“Saya telah mendapat jaminan yang diperlukan untuk keluar daripada krisis yang sedang dilalui Lubnan,” tambahnya.

Mikati adalah ahli parlimen Tripoli, pernah dua kali mengetuai kerajaan Lubnan pada 2005 dan 2011.

Rundingan parlimen itu dilakukan berikutan pengunduran pemimpin Gerakan Masa Depan Lubnan Saad Hariri selepas gagal membentuk kerajaan.

 

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif eFishery disyaki lakukan penipuan, seleweng dana pelaburan Rp15 bilion

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami