Anggota skuad Piala Thomas 1970, Abdul Rahman Mohamad, meninggal dunia

Bekas pemain badminton kebangsaan Abdul Rahman Mohamad, anggota skuad negara yang muncul naib juara Piala Thomas pada 1970,  meninggal dunia hari ini.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengesahkan bahawa Allahyarham, yang berusia 75 tahun, menghembuskan nafas terakhir pada 5.53 petang di Hospital Shah Alam.

“Lahir pada tanggal 9 Mei 1946, Abdul Rahman yang juga merupakan anggota skuad Piala Thomas 1970, turun selaku perseorangan kedua selepas mendiang Datuk Punch Gunalan pada perlawanan akhir edisi kelapan kejohanan berprestij itu menentang Indonesia.

“Jasa serta sumbangan Allahyarham dalam arena badminton kebangsaan pasti akan terus dikenang. Semoga rohnya ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.  Al-Fatihah,” menurut kenyataan BAM di laman Facebooknya.

Pada aksi final itu,  Malaysia tewas 2-7 kepada Indonesia di Stadium Negara.

Arwah sebelum ini dilaporkan terlantar di rumahnya setelah diserang strok.

#Tag

Berkaitan

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

SUKAN

[TONTON] Masalah tikus di Old Trafford

TEKNOLOGI

Vietnan laksana undang-undang internet yang ketat berkuat kuasa 25 Disember

JENAYAH / MAHKAMAH

Mahkamah tolak saman fitnah Hannah Yeoh terhadap Musa Hassan

DUNIA

[TONTON] Puluhan maut, pesawat penumpang Embraer 190 Azerbaijan Airlines terhempas di Kazakhstan