PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

    Kenyataan Istana : Hari yang sangat mengecewakan buat rakyat Malaysia

    Hari ini merupakan hari yang sangat mengecewakan buat rakyat Malaysia apabila Kerajaan pimpinan Perdana Menteri telah terbukti membelakangi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Tindakan membelakangkan Institusi Diraja ini merupakan satu bentuk penderhakaan dan perlu ditentang habis-habisan. Sebagai rakyat yang setia kepada Rajanya, penderhakaan ini tidak boleh diterima sama sekali, demikian pandangan Ketua Pemuda UMNO Negeri Sembilan, Datuk Zaidy Abdul Kadir.

    Menurut beliau penderhakaan ini jelas membuktikan bahawa Tan Sri Mahiaddin Yassin telah melanggar sumpah setia kepada Raja-Raja Melayu semasa mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri dan seharusnya sebagai pemimpin nombor satu negara, Perdana Menterilah yang sepatutnya menjaga kesucian Institusi Diraja dan bukannya sebaliknya,apatah lagi tambahnya Rukun Negara meletakkan asas kepada kita untuk sentiasa mengamalkan kesetiaan kepada Raja dan Negara. Bukannya mementingkan kepentingan peribadi semata-mata.

    “Justeru, Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan mendesak supaya Tan Sri Mahiaddin Yassin meletakkan jawatan serta-merta kerana tindakan Kerajaan pimpinannya yang menderhaka kepada Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong.

    “Tidak cukup dengan itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan juga perlu meletakkan jawatan kerana telah jelas gagal menasihatkan Perdana Menteri untuk bertindak berdasarkan undang-undang. Akhirnya menyebabkan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dukacita dengan Kerajaan hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini hari ini.

    Katanya lagi jiika Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri masih berdegil dan tidak mahu melepaskan jawatan mereka, maka kami menuntut supaya kesemua Ahli Parlimen di dalam UMNO yang memegang jawatan di dalam Kerajaan serta syarikat milik Kerajaan agar meletakkan jawatan bagi menandakan protes parti terhadap penderhakaan Kerajaan ini.

    “Ingatlah bahawa asas perjuangan UMNO adalah untuk mempertahankan agama, Raja-Raja serta orang Melayu. UMNO sebagai sebuah parti keramat Melayu tidak boleh berkompromi dengan Kerajaan yang menderhaka kepada Raja-Raja Melayu. Sebaliknya, UMNO lah yang sepatutnya menjadi juara dalam menjaga kedaulatan Raja-Raja Melayu.

    “Kesimpulannya, Malaysia memerlukan Perdana Menteri yang baharu. Perdana Menteri yang mampu memimpin negara dengan baik serta berkebolehan untuk membawa Malaysia keluar dari impak serangan Covid-19 sekali gus memulihkan ekonomi negara. Kami tidak mahu Perdana Menteri yang setiap masa hanya merencanakan percaturan politik untuk kekal berkuasa. Kami mahukan Perdana Menteri yang sentiasa mendahulukan rakyat!

    “Kami tidak akan membenarkan Institusi Diraja dirobek. Kerana sejak dari dulu, itulah perjuangan yang kami warisi. Mana mungkin sebagai ahli parti yang setia pada parti, kami hanya berpeluk tubuh melihat kepada penderhakaan Kerajaan kepada Raja-Raja Melayu. Tetapi kami akan bermati-matian untuk mempertahankan kesuciannya. Kerana itulah  asas perjuangan kami,” tambahnya.

    Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Arau sekarang, tiba masanya untuk UMNO tarik balik sokongan kepada seluruh kerajaan ini sekiranya Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin masih tidak mahu mengambil sepenuh tanggungjawab dan berundur secara terhormat

    “Kerajaan gagal (kawal Covid) sudah, kerajaan derhaka (titah Raja) sudah, kerajaan pembohong (seluruh rakyat) pun sudah. Mahu tunggu apa lagi untuk bersama kerajaan ini? Tak perlu lagi sebab dan alasan yang panjang.

    “Sehubungan dengan itu, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Arau menggesa Presiden parti agar memberi tempoh untuk Tan Sri Mahiaddin Md. Yasin meletakkan jawatan atau mewajibkan seluruh Ahli-Ahli Parlimen dan pimpinan tertinggi UMNO yang mendapat lantikan politik kerajaan ini mengundur diri dengan serta-merta sekiranya beliau masih berdolak-dalik untuk bermain dengan masa.

    “Demikianlah pandangan dan cadangan daripada kami. Demi mengawal COVID  dengan lebih berkesan. Demi memulihkan ekonomi negara yang semakin parah. Demi kestabilan politik yang sudah tunggang-langgang. Demi mengembalikan kesejahteraan rakyat seluruhnya,” katanya.

    Manakala Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Selangor, Widia Wati Abuzar pula menzahirkan sokongan terhadap pandangan Datuk Zahida Zarik Khan yang meminta agar Perdana Menteri meletak jawatan.

    Menurut beliau ini berdasarkan Titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menzahirkan rasa amat dukacita mengenai pembatalan semua Ordinan Darurat tanpa perkenan baginda melalui kenyataan media yang dikeluarkan oleh Istana Negara.

    “Jelas menunjukkan Kerajaan dengan sengaja ingkar dan melanggar titah DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebagai sebuah parti yang mendukung Institusi Raja-Raja Melayu serta kedaulatan negara maka desakan pemecatan Perdana Menteri ini harus dilakukan demi mempertahankan kedaulatan Perlembagaan Malaysia.

    “Pergerakan Puteri UMNO Negeri Selangor mengambil inisiatif selari dengan pandangan Ketua Puteri UMNO Malaysia mendesak supaya Tan Sri Mahiaddin Md Yasin untuk segera meletakkan jawatan selaku Perdana Menteri kerana jelas melanggar sumpah jawatan untuk sentiasa taat kepada Yang di-Pertuan Agong dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan,” ujarnya.

    Terdahulu, dalam satu kenyataan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin berkata Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan di Parlimen Isnin lepas bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan Baginda. – UMNO Online- UMNO Online

    # Tag

    Berkaitan

    Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

    Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

    Sin Chew Daily mohon maaf

    封面国旗设计失误 星洲日报致歉

    3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

    Popular

    Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

    [Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

    6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

    Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

    [Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

    Terkini

    UEM Edgenta meterai kontrak sediakan perkhidmatan sokongan hospital bernilai S$220 juta

    PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi muda kembali sokong BN

    PRK DUN Ayer Kuning: Barisan Nasional (BN) bergaya

    PRK DUN Ayer Kuning: Analisis Kekalahan PN

    Penggodam Ceroboh Bursa Malaysia: Bina Puri Holdings, Pos Malaysia terjejas teruk

    Hasrat PN gabung dengan UMNO hanya mimpi di siang hari – Ahmad Zahid

    PAS menggunakan UMDAP untuk menyerang UMNO

    PAS uses UMDAP to attack UMNO

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah