UtamaNASIONALOrdinan Darurat perlu dibahaskan...

Ordinan Darurat perlu dibahaskan bagi kemakmuran demokrasi - pakdin.my

Ordinan Darurat yang diisytiharkan atas perkenan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perlu dibentang dan dibahaskan dalam sesi Dewan Rakyat, selagi mana Seri Paduka belum memperkenan untuk membatalkan Ordinan berkenaan.

Penyandang Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Profesor Datuk Dr Shamrahayu Ab Aziz berkata perkara itu termaktub dalam Perkara 150, Fasal 3, Perlembagaan Persekutuan.

“Sekiranya Seri Paduka tidak perkenankan lagi Ordinan itu untuk ditarik balik, maka apabila Parlimen bersidang, ia boleh dirungkaikan dan tindakan terbaik adalah dengan membahaskan ordinan ini yang saya fikir boleh menyelesaikan segala kekusutan ketika ini.

“Selain itu perbahasan ini juga boleh mendatangkan kemakmuran kepada demokrasi dan sekiranya perundangan itu diikut, ia akan lebih menunjukkan ketelusan kerajaan,” katanya dalam program Ruang Bicara bertajuk ‘Subplot Ordinan Darurat’ di Bernama TV hari ini.

Menjelas lanjut, Shamrahayu berkata Parlimen masih perlu merungkai dan membahaskan perihal Ordinan Darurat ini meskipun ia dijadual akan tamat pada 1 Ogos 2021.

Beliau berkata sekiranya tidak dibahaskan, Perkara 150 Fasal 7 membolehkan Ordinan Darurat ini diteruskan selama enam bulan lagi selepas tarikh tamat pada 1 Ogos 2021.

Dalam pada itu, Shamrahayu berkata teguran Yang di-Pertuan Agong hari ini menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Istana Negara perlu diambil sebagai pengajaran oleh setiap pihak bahawa prinsip Raja Berpelembagaan kini memasuki dimesi baharu.

Menurutnya dalam perkembangan terkini, Seri Paduka dilihat boleh menasihati, memberi amaran dan menyuarakan pandangan baginda kepada pihak kerajaan.

Dalam kenyataan Istana Negara hari ini, Al-Sultan Abdullah menzahirkan rasa amat dukacita dengan kenyataan di Parlimen Isnin lepas bahawa kerajaan telah membatalkan semua Ordinan Darurat walhal ia belum lagi diperkenan Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah juga amat dukacita kerana apa yang telah diperkenan dan dititahkan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun bahawa cadangan pembatalan semua Ordinan Darurat dibentang dan dibahaskan di Parlimen bagi tujuan dirungkaikan tidak dilaksanakan.

— BERNAMA

 

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Kereta api barang ke Malaysia tergelincir di Songkhla, siasatan sedang dijalankan

Penyiasat sedang mengenal pasti sama ada ia adalah kemalangan atau serangan oleh pemberontak di Selatan. Tren No 707 dari daerah Hat Yai, Songkhla ke Padang...

[VIDEO] Wanita warga emas maut kenderaan jatuh sungai di Marang

MARANG - Seorang wanita warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabas lalu terjatuh dari jambatan ke dalam sungai di Kampung...

[VIDEO] Banjir kilat sekitar pusat bandar KL

Beberapa kawasan sekitar pusat bandar di Kuala Lumpur dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak kira-kira pukul petang tadi. Kuala Lumpur Command & Control Centre...

[VIDEO] Dadah: Farid Kamil didenda RM5,000, hukuman penjara diketepikan

Pelakon dan pengarah Farid Kamil Zahari terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Rayuan hari ini mengenakan hukuman denda RM5,000 kerana menggunakan dadah, empat tahun lepas. Panel...

[VIDEO] Piala Dunia: Senegal sahkan kemaraan selepas benam Ecuador

AR-RAYYAN – Senegal mengesahkan slot kedua daripada Kumpulan A yang mara ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia apabila berjaya menewaskan Ecuador 2-1 pada aksi...

[VIDEO] Piala Dunia : Belanda menang bergaya, Qatar merana

DOHA – Pasukan Belanda menutup aksi peringkat Kumpulan A dengan bergaya selepas membenam pasukan tuan rumah, Qatar 2-0 sekali gus melepasi sasaran awal melangkah...

Dakwa PM ejen Israel, Hadi Awang disiasat

Bukit Aman mengesahkan siasatan sedang dijalankan terhadap Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Tan Sri Abdul Hadi Awang yang menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar...

[VIDEO] 10 beranak terperangkap dalam kejadian kepala air di Sungai Pinang, Batang Kali

SERAMAI 10 beranak dilaporkan terperangkap dalam kejadian kepala air di air terjun Sungai Pinang, Batang Kali, petang tadi. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam...

[Video] #PialaDunia: Jerman masih ‘bernyawa’

SEPANYOL 1 A. Morata 62' JERMAN 1 N. Füllkrug 83' Manuel Neuer meluahkan rasa lega memandangkan perjuangan Jerman masih bernyala dalam Piala Dunia di Qatar selepas mencatat keputusan...

[Video] #PialaDunia: Maghribi benam Belgium 2-0

DOHA – Dua pemain gantian Maghribi, Abdelhamid Sabiri dan Zakaria Aboukhlal menghasilkan dua gol penting untuk mencipta kejutan menewaskan pasukan nombor dua dunia, Belgium...

[VIDEO] Piala Dunia: Costa Rica kembali ‘bernyawa’, benam Jepun 1-0

DOHA – Pasukan Costa Rica kembali bernafas pada kempen Piala Dunia 2022 kali ini selepas menewaskan Jepun 1-0 pada aksi kedua Kumpulan E sebentar...

Banduan boleh menonton Piala Dunia FIFA di penjara Thai

Jika anda pelaku utama jenayah, tetapi juga peminat utama bola sepak, anda mungkin tidak digalakkan untuk melakukan jenayah kerana takut terlepas Piala Dunia FIFA...