MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Ahmad Zahid jelaskan mengapa UMNO desak PM letak jawatan, tapi sokong PN…

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberikan penjelasan berkaitan persoalan mengapa UMNO desak Perdana Menteri letak jawatan namun kekal menyokong pembentukan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Ini kerana katanya, persoalan ini dijadikan propaganda pasukan siber anti-UMNO sedangkan perkara itu bukanlah suatu perkembangan baharu.

“UMNO sebaliknya sejak lama konsisten dalam hal ini dan Datuk Seri Najib Tun Razak turut mengulanginya semalam,” katanya dalam kenyataan berkaitan hal tersebut menerusi laman facebooknya, hari ini.

Bagi memudahkan pemahaman berkaitan persoalan tersebut, beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk memberikan analogi berkaitan sebuah kapal belayar mengikut hala tuju ditetapkan oleh nakhoda.

“Tugas para kelasi melayarkan kapal mengikut haluan itu. Jika nakhoda tersilap hala tuju maka kapal gagal ke destinasi. Tetapi malangnya nakhoda terlalu ego mengakui kesilapan yang telah dilakukan.

“Maka untuk memperbetulkan kapal kembali ke laluan sebenar dengan menggantikan kepada nakhoda yang berkemampuan.

“Begitu juga dengan perihal kerajaan. Sebuah kerajaan diketuai oleh Perdana Menteri. Individu yang berkuasa menentukan pentadbirannya.”

Sebab itu katanya, UMNO konsisten mahu Perdana Menteri diganti dengan nakhoda perlu ditukar supaya kerajaan yang telah gagal kembali ke landasan rakyat dan negara.

“Pada 7 Julai lalu UMNO memutuskan menarik balik sokongan kepada Tan Sri Mahiaddin sebagai Perdana Menteri. UMNO minta Perdana Menteri digantikan demi kepentingan rakyat dan negara serta kedaulatan institusi Raja-raja.

“Selepas penularan pandemik berjaya diatasi, Perdana Menteri baharu akan segera menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk diadakan PRU-15.”

Ujarnya, cerita tentang mengapa UMNO menyokong pembentukan kerajaan PN pada tahun lalu ramai sedia maklum.

“Jika mahu diterangkan semula bertambah panjang perlu dikarang. Apapun Presiden UMNO beri jaminan UMNO tetap mengutamakan rakyat.

“Menjunjung keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang serta mempertahan kedaulatan raja-raja pemerintah,” tegasnya.

Sebelum itu beliau memetik pandangan ahli akademik tentang kuasa seorang Perdana Menteri selaku nakhoda kerajaan.

Perdana Menteri mempunyai hak memilih dan menukar para menteri.

Perdana Menteri malah mempunyai hak untuk menubuh, membubarkan kementerian dibawahnya.

Mempunyai kuasa penuh menentukan perjumpaan jemaah menteri atau Kabinet.

Perdana Menteri tidak tertakluk nasihat Kabinetnya. Memiliki kuasa penuh menentukan tadbir urus.

Mempunyai kuasa menubuhkan apa-apa jawatankuasa khusus pada peringkat Kabinet.

Melantik atau menubuhkan badan penasihat di luar Kabinet bagi menasihati beliau.

Perdana Menteri tidak mencampuri urusan dalaman kementerian bukan di bawah kawalannya.

Namun kebebasan menterinya mengurus dan mentadbir kementerian masih perlu berlandaskan dasar umum yang ditetapkan Perdana Menteri.

Begitulah betapa penting seorang Perdana Menteri yang berkemampuan mengemudi jentera pentadbiran kerajaan. – UMNO Online

Berkaitan

JKR Hulu Selangor kesan 3 lokasi tanah runtuh

Kebakaran saluran gas: 25 terima rawatan awal setakat 10.35 pagi

[VIDEO] Saluran utama paip gas Petronas terbakar di Puchong – Bomba

布特拉高原煤气管爆炸 火舌窜百公尺高

Terkini

Gas pipeline fire: Ahmad Zahid expresses appreciation to security teams

SARA dikreditkan hari ini, penerima sifatkan rezeki Syawal

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

1 hilang, 3 selamat dalam musibah kepala air

丹斯里陈建顺因“个人原因” 辞任T7全球执行副主席

Tan Kean Soon meletak jawatan daripada T7 Global