NASIONALAMKPT lancar Kempen Mesti Menang sebagai usaha sokong PPN dan PICK

KPT lancar Kempen Mesti Menang sebagai usaha sokong PPN dan PICK

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) hari ini melancarkan Kempen Mesti Menang sebagai usaha menyokong Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan memberi tumpuan kepada empat fokus utama.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata fokus itu termasuk peranan Hospital Pengajar Universiti (HPU), penyediaan pusat pemberian vaksin Institusi Pendidikan Tinggi (PPV IPT), kesukarelawan dan inisiatif Food Bank atau bank makanan.

“Kempen ini mempersembahkan video-video pendek berdurasi tidak lebih dari tiga minit yang memaparkan pelbagai usaha KPT membantu PPN  sebagai strategi peralihan keluar secara berfasa dari kemelut pandemik COVID-19,” katanya ketika berucap melancarkan kempen itu secara maya di Facebook KPT hari ini.

Memperincikan mengenai fokus kempen yang juga merupakan isi kandungan video pendek itu, Noraini berkata ia memaparkan mengenai operasi lima HPU yang terlibat secara langsung memberikan rawatan kepada pesakit positif COVID-19, proses vaksin di 40 PPV IPT, gerak kerja sukarelawan Malaysia Volunteer Vaccine Mobilization (MyVac) dan usaha menstruktur semula Inisiatif Food Bank Siswa di IPT.

Kempen dengan lagu tema ‘Mesti Menang’ ciptaan KRU Music itu disiarkan melalui laman media sosial rakan strategik KPT iaitu KRU Music dan Media Mulia, selain di 360 platform penstriman di seluruh dunia antaranya Spotify, iTunes, Apple Music, Deezer dan Joox.

Noraini berkata kempen itu juga merangkumi topik kesedaran pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan, meningkatkan kefahaman tentang bahaya COVID-19, menggalakkan orang ramai mendaftarkan diri untuk divaksin melalui aplikasi MySejahtera serta klip video penghargaan kepada petugas barisan hadapan yang berjuang melawan penularan COVID-19 sejak tahun lepas.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

[VIDEO] Selepas Kemelut PH 1.0 2018-2020, Johor Kembali ke Landasan Tepat – Pemangku Sultan Johor

[VIDEO] Tragedi Sungai Banting, Linga: 8 selamat, 1 hilang

Permintaan Ayam Tua Meningkat Menjelang Hari Gawai Dayak

Terkini:

Keyakinan pendeposit “kekal utuh”

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami