UtamaNASIONALOperasi Kilang Lynas Selamat...

Operasi Kilang Lynas Selamat – Penasihat Keselamatan Radiologi - pakdin.my

Seorang penasihat keselamatan radiologi Lynas Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan bahawa operasi kilang pemprosesan bahan kimia milik Syarikat Lynas Corporation Ltd dari Australia di kawasan perindustrian Gebeng di Kuantan, Pahang adalah selamat.

Prof Ismail Bahari berkata kesan radioaktif atau radiasi dari kilang nadir bumi Lynas itu adalah rendah dan tidak akan memberi kesan buruk kepada penduduk sekitar.

“Kesan radiasi memang ada, tapi dalam jumlah yang sedikit dan tidak memudaratkan. Setiap pekerja akan mematuhi prosedur operasi selamat sama macam industri lain. Orang awam kita ambil kira, alam sekitar pun kita ambil kira.

“Daripada segi keselamatan, ia adalah selamat dan Lynas akan memastikan ia kekal selamat. Ini kerana prosedur-prosedur kerja kita semua adalah berdasarkan keperluan rendah dan standard keselamatan antarabangsa,” katanya kepada Bernama selepas menyampaikan taklimat pada wacana ilmuan negara anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas Pulau Pinang di sini pada Rabu.

Beliau berkata Lembaga Pelesenan Tenaga Atom dan Jabatan Alam Sekitar juga memberi jaminan operasi kilang tersebut selamat, malah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan turut mengatakan Lynas bukan dikategorikan sebagai CIMAH (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian).

Isu kilang itu mencetuskan kontroversi apabila beberapa pihak membantah pembinaannya yang dikatakan bakal menghasilkan radiasi yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.

Prof Ismail berkata segala tuduhan yang dilemparkan oleh penentang pembinaan kilang tersebut terutamanya daripada pihak pembangkang sebelum ini, adalah tidak berasas kerana tuduhan yang dibuat itu bukannya datang dari pakar dalam industri dan tidak disertakan dengan bukti.

“Orang yang memimpin tuduhan ini pun tak pernah datang ke Lynas, tak pernah mencadangkan kepada Lynas ataupun menunjukkan kepada Lynas apa sebenarnya yang masalah, dia setakat membuat tuduhan,” katanya.

Prof Ismail yang juga pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia berkata pihak pembangkang tidak pernah mencabar mahupun bertanya berhubung fakta kilang terbabit yang diberikan oleh pihak Lynas.

“Setiap kali Lynas keluar (beri penjelasan) kita tunjuk bukti-bukti, kita bagi risalah kepada orang awam dan juga pembangkang. Mereka boleh membaca dan mencabar kita. Tapi, mereka tidak pernah cabar kita mengenai semua maklumat yang disediakan,” katanya.

Justeru, beliau menyeru orang ramai supaya mendapatkan fakta yang betul dari pakar dan tidak menerima bulat-bulat tuduhan yang dilemparkan oleh pihak tertentu sebelum membuat sebarang keputusan.

Katanya orang ramai berhak untuk mendapatkan penjelasan tentang kilang itu dan pihak Lynas bersedia turun padang menjelaskan fakta sebenar kepada mereka.

Berkaitan

Baca Juga

[VIDEO] Lori terbakar Km 266.3 arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh

Kemalangan Km 266.3 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS Utara) arah Selatan dari Kuala Kangsar ke Ipoh (U) melibatkan sebuah lori terbakar yang mengakibatkan keadaan...

Myvi dipandu warga emas rempuh pasar raya

MANJUNG: Sebuah kereta Perodua Myvi hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pasar raya Sakan Seri Manjung di Jalan Medan Sitiawan 1 di sini, petang...

KL City mara ke final Piala AFC

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur City FC (KL City) mencipta sensasi apabila mara ke pentas final Piala AFC buat pertama kali sekaligus berpeluang mengulangi pencapaian...

Pengantin baharu mati sebab terlebih ‘ubat kuat’

Gara-gara terlebih makan ubat kuat atau ubat perangsang seks, suami isteri muda di Indonesia, maut. Pasangan itu ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik hotel di...

[VIDEO] PRU-15: Sah akan diadakan tahun ini

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengesahkan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan pada tahun ini juga. Ahli Parlimen Bagan Datuk...

[VIDEO] PRU-15: Zahid, PM adakan pertemuan khas dengan 191 Umno bahagian

Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi mengadakan perjumpaan khas bersama 191 bahagian Umno hari ini. Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan...

[VIDEO] PRU15: PAS bebas guna lambang sendiri jika bersama BN kata Zahid Hamidi

“Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa PAS perlu segera memutuskan kerjasamanya dengan Perikatan Nasional (PN) jika mahu terus bekerjasama dengan mereka. Tegas...

[VIDEO] PRU15: GRS setuju sokong calon BN, kata Zahid

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersetuju menyokong semua calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi. Dalam sidang...

[VIDEO] Kecoh konsert berhampiran masjid di Kedah

ALOR SETAR – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang lesen kepada penganjur sebuah festival untuk mengadakan konsert di Balai...

[VIDEO] Ahmad Zahid Sahkan Pertemuan Dengan Presiden Pas, Jawab Pelbagai Spekulasi

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan Presiden PAS, Tan Sri Haji Abdul Hadi Awang ada mengunjungi dan mengadakan pertemuan di kediamannya...

[VIDEO] Seorang meninggal dunia susulan gempa bumi di Sumatera Utara

Seorang meninggal dunia dalam gempa bumi kuat bermagnitud 6.1 yang melanda Tapanuli Utara, Sumatera Utara, Indonesia, jam 2.28 pagi waktu tempatan (3.28 pagi waktu...

[VIDEO] Bilangan penonton lebihi kapasiti stadium; 129 maut akibat rempuhan di Indonesia

JAKARTA: Menteri Koordinator Politik, Hukum dan Keamanan Indonesia Mahfud MD berkata bilangan penonton melebihi kapasiti yang dibenarkan memasuki stadium di mana rempuhan yang berlaku...