UtamaNASIONALGangguan bekalan air berlanjutan,...

Gangguan bekalan air berlanjutan, dijangka pulih Sabtu ini - pakdin.my

KUALA TERENGGANU Gangguan bekalan air yang melibatkan 28,700 akaun pengguna di sekitar Kuala Nerus dan Kuala Terengganu dijangka berlanjutan sehingga Sabtu ini (14 Ogos).

Mewakili Syarikat Air Terengganu Sdn Bhd (SATU), Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri Dr Mamad Puteh memohon maaf kepada semua pengguna yang terjejas kerana gagal membekalkan air bersih pada waktu yang dijanjikan, esok.

“Waktu lebih lama diperlukan untuk kerja baik pulih paip yang pecah itu kerana faktor arus sungai yang terlalu deras dan penglihatan terhad akibat air di dasar sungai yang keruh sejak beberapa hari kebelakangan ini.

“Pihak kontraktor dan pasukan teknikal telah berusaha sehabis daya dan upaya bagi memastikan kerja-kerja pembaikan mengikut jadual, namun jangkaan terbaharu bekalan air bersih akan mula diagihkan pada Sabtu ini,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Turut hadir Ahli Lembaga Pengarah SATU Burhanuddin Helmi Mohamed, Pengarah Wilayah Timur Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara Azamy Abdul Aziz  dan Pengarah Sumai Engineering Sdn Bhd Wan Hafizul Arsyad Wan Mahyuddin.

Krisis itu yang bermula 2 Ogos lepas, berpunca daripada pam bersaiz 1,200 milimeter pecah di dasar Sungai Terengganu.

Dr Mamad berkata setakat ini kerja memasang ‘anchor airbag’ pada paip, pemasangan ‘clamp’ penjajaran paip dan kerja-kerja mencabut ‘clamp’ sedia ada telah selesai 100 peratus.

“Bermula esok, kerja-kerja kimpalan untuk memperkukuh struktur paip akan dilakukan dan dijangka siap pada Jumaat, seterusnya bekalan air ke sistem akan pulih secara berperingkat pada Sabtu (14 Ogos), manakala semua pengguna terjejas akan mendapat bekalan air bersih sepenuhnya pada Isnin (16 Ogos),” katanya.

Beliau berkata bagi memastikan penduduk di kawasan terjejas mendapat bekalan air secukupnya, sebanyak 34 lori tangki yang beroperasi 24 jam sehari telah digerakkan, termasuk ke beberapa premis penting seperti pusat hemodialisis dan pusat kuarantin untuk pesakit COVID-19.

Selain itu, bagi menampung keperluan semasa dan memudahkan pengambilan air bersih, 151 tangki statik dan 86 pili paip telah disediakan di seluruh kawasan terlibat.

Dalam pada itu, Dr Mamad berkata kerajaan negeri telah menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk menyiasat kemungkinan krisis itu terjadi akibat aktiviti mengorek pasir.

“Jawatankuasa tersebut dipengerusikan Pengarah UPEN (Unit Perancang Ekonomi Negeri) dan dianggotai beberapa jabatan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Bekalan Air, Jabatan Pengairan dan Saliran, SATU dan Pejabat Daerah Kuala Terengganu,” katanya.

Ditanya tentang kos, Dr Mamad berkata belum ada perincian namun dijangka lebih RM1 juta diperuntukkan bagi tujuan baik pulih itu, termasuk kos membekalkan air bersih kepada pengguna sepanjang krisis.

Untuk rekod, gangguan bekalan air kali ini adalah yang terburuk pernah berlaku di Terengganu melibatkan lima kawasan Dewan Undangan Negeri serta 104 Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) dan ia juga adalah kerosakan pam yang pertama berlaku di dasar sungai Terengganu.

Kawasan terlibat di Kuala Nerus ialah Bukit Jong, Maras, Gong Badak, Sungai Ikan, Bukit Berangan, Alur Jambu, Gemuroh, Batu Rakit, Tok Jembal, Ladang Sentosa, Alor Damak, Universiti Sultan Zainal Abidin, Universiti Malaysia Terengganu, Bukit Sudu, Pagar Besi, Padang Nenas, Mengabang Telipot, Tepoh, Lingai, Mengabang Telong, Padang Hangus, Bukit Wan, Wakaf Tengah dan Pagar Ubi.

Di Kuala Terengganu pula, kawasan yang terjejas ialah Buluh Gading Masjid, Buluh Gading Dewan, sebahagian Banggol Peradong, Kampung Manir, Banggol Tuan Muda, Kampung Tualang, Petai Bubus, Kebor Air, Paya Datu, Teluk Menara dan Jeram.

— BERNAMA

Facebook Comments

Berkaitan

Baca Juga

Imigresen serbu ‘private party’ dan penempatan kontena warga asing

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah menjalankan satu siri operasi penguatkuasaan ke atas dua premis berbeza di Kuala Lumpur pada 6 Ogos 2022. Siri operasi...

‘Aplikasi Telegram Perdana Menteri digodam’ – ini jawapan dari Pasukan Telegram

Ini jawapan dari Pasukan Telegram: PUBLIC NOTICE  On 8 August , we were informed that personal Telegram accounts belonging to the Prime Minster and Minister of...

Siapakah peguam bela bagi kes rasuah Datuk Latif Bandi..??

Rupanya peguam dia adalah Datuk Hasnal Rezuar Merican.. Siapakah Datuk Hasnal Rezuar Merican..? Rupanya beliau adalah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Selayang.Dan menetap di Dun Kuang dalam...

Bot penyeludup karam: Seorang maut, 35 pendatang asing diselamatkan

SHAH ALAM  -- Seramai 35 pendatang asing tanpa izin berjaya diselamatkan kru sebuah kapal tangki milik syarikat swasta, manakala seorang lelaki maut apabila bot...

Rakyat M’sia berkahwin di selatan Thailand dinasihat tidak lengahkan pendaftaran perkahwinan

PHUKET -- Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla Muhammad Ridzuan Abu Yazid menasihati rakyat Malaysia yang berkahwin di Selatan Thailand supaya tidak melengahkan pendaftaran perkahwinan...

[VIDEO] Ribut terbangkan khemah program Bekwoh Keluarga Malaysia

TUMPAT: Kawasan Pantai Geting, di sini, yang turut menjadi lokasi penganjuran Program Bekwoh Keluarga Malaysia Rakyat Tumpat dilanda ribut malam tadi 6 Ogos 2022. Keadaan...

[VIDEO] Tiga beranak maut kemalangan

KOTA KINABALU: Tiga beranak maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas lalu merempuh tiang jejambat di Jalan Lintas malam tadi 5...

Remaja parah langgar gajah

Kluang: Seorang pelajar sekolah menengah parah selepas terlanggar gajah di Jalan Kota Tinggi - Kluang berdekatan Taman Seri Impian di sini, kira-kira 10 malam...

[VIDEO] Perahu karam, budak lelaki 10 tahun hilang

KUCHING – Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dikhuatiri lemas apabila perahu yang dinaikinya bersama keluarga karam dalam kejadian di Sungai Rajang, Kapit, di...

Potong rambut panjang, pelajar serang guru guna batang penyapu

HULU SELANGOR: Seorang pelajar Tingkatan Tiga tergamak menyerang gurunya dengan batang penyapu sambil mengugut mahu membunuh mangsa, kerana berang rambutnya yang panjang dipotong dalam...

[VIDEO] Rasuah: Pemilik syarikat agensi pekerjaan antara dua lelaki ditahan SPRM

KUALA LUMPUR -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang ahli perniagaan dan seorang pemilik syarikat agensi pekerjaan bagi membantu siasatan kes rasuah mendapatkan...

“Hitam Celah Paha Itu Normal” Doktor Pakar Bidas Jualan Produk Pemutih Buat Ibu Mengandung

Pakar perubatan, Dr. Amirah Azlan membidas segelintir peniaga produk kewanitaan yang gemar membuat promosi ‘murahan’ dengan memberi teori-teori kesihatan salah serta menakutkan masyarakat. Seperti yang...