Monday, February 26, 2024

Mana mungkin Speaker Dewan Rakyat tak balas surat Istana? – Najib Razak- pakdin.my

Istana tulis surat kepada Speaker Dewan Rakyat untuk minta pengesahan kedudukan sokongan pada PM8.

Surat Istana disalin kepada kedua-dua Timbalan.

Timbalan kebun durian/homestay kata dia tak nampak surat ini.

Timbalan Speaker Azalina kata memang wujud surat dari Istana ke Dewan Rakyat tersebut.

Istana minta surat pengesahan dihantar sebelum 2pm pada 10 Ogos 2021.

Seperti dilapor media, Speaker Dewan Rakyat sudahpun balas surat kepada Istana bahawa PM8 cuma ada sokongan 100 ahli parlimen.

(Mana mungkin Speaker Dewan Rakyat tak balas surat Istana?)

“12 Ogos 2021: Speaker Dewan Rakyat sahkan Muhyiddin hilang sokongan sebagai Perdana Menteri?”
https://malaysiapost.com.my/2021/08/12/speaker-dewan-rakyat-sahkan-muhyiddin-hilang-sokongan-sebagai-perdana-menteri

Tapi speaker enggan sahkan sebab kata “dia tidak dapat memberi ulasan berkaitan isu berkenaan terutama melibatkan Istana Negara.”

““Maaf, saya tak boleh komen mengenai komunikasi rasmi saya, lebih-lebih lagi kalau dengan pihak Istana,”
https://malaysiapost.com.my/2021/08/12/saya-tidak-boleh-komen-speaker

Surat dari Speaker ke Istana ini penting sebab ianya merupakan pengesahan rasmi Dewan Rakyat kepada Istana berhubung kedudukan PM8.

Kita sama-sama tunggu pengesahan apa yang ditulis dalam surat tersebut.

UtamaNAJIB RAZAKMana mungkin Speaker Dewan Rakyat tak balas surat Istana? - Najib Razak

Ikuti kami di: FACEBOOK | INSTAGRAM | META | X | TIKTOK | YOUTUBE

POPULAR