Gempa kuat goncang Haiti, lebih 200 nyawa melayang - pakdin.my

HAITI – Sekurang-kurangnya 227 orang terkorban dan banyak bangunan runtuh apabila gempa bumi kuat berukuran 7.2 pada skala Richter menggegarkan Haiti awal pagi ini.

Gempa yang meruntuhkan kediaman dan mendorong penduduk lari bertempiaran itu berpusat  sekitar 160 kilometer ke  barat ibu kota Haiti, Port-au-Prince.

“Banyak rumah musnah, penduduk terkorban dan sebilangan mereka dirawat di hospital,” kata seorang wanita, Christella Saint Hilaire, 21,  yang tinggal berhampiran pusat gempa kepada agensi berita  AFP.

Gempa awal yang panjang itu dapat dirasai di sebahagian besar rantau Caribbean.Bencana itu menyebabkan sekolah dan rumah di barat daya Haiti rosak, demikian menurut beberapa saksi.

“Sebanyak 229 kematian dilaporkan termasuk 158 di selatan Haiti. Beratus-ratus penduduk  lain sama ada cedera atau hilang,” kata agensi perlindungan awam negara itu.

Haiti mengisytiharkan keadaan darurat sebagai tindak balas terhadap bencana itu, manakala seorang pegawai White House berkata, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden bersetuju menghantar bantuan segera ke Haiti.

Kerosakan di bandar Les Cayes begitu teruk  termasuk sebuah hotel berbilang tingkat yang runtuh.

“Saya menggerakkan semua sumber di bawah pentadbiran saya untuk membantu mangsa,” kata Perdana Menteri Haiti,  Ariel Henry dalam satu kenyataan di laman Twitter.

Tidak lama selepas gempa berlaku, Jabatan  Geologi AS mengeluarkan amaran tsunami. Menurutnya, ombak setinggi 3 meter mungkin melanda pantai Haiti, namun amaran itu ditarik balik tidak lama kemudian. – AFP

UTAMADUNIAGempa kuat goncang Haiti, lebih 200 nyawa melayang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium