Ahli Parlimen BN sahkan Ismail Sabri calon Perdana Menteri - pakdin.my

Dua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) mengesahkan Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi pilihan sebagai calon Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said berkata keputusan itu dicapai secara kosensus dalam mesyuarat Ahli Parlimen BN sebentar tadi.

“Ya, Ismail Sabri. Kami sudah periksa jumlah sokongan, termasuk dengan sokongan daripada Bersatu dan PAS,” kata Tajuddin ketika menjawab soalan wartawan sama ada jumlah sokongan yang diterima Ismail Sabri melebihi angka 111.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui selepas mesyuarat khas bersama Ahli Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia di sini malam ini beliau berkata UMNO serta BN, bersatu dan PAS bersetuju mencalonkan Ismail Sabri yang disifatkan “mesra” kepada semua parti.

Azalina pula berkata Ismail Sabri yang juga Ketua Whip Barisan BN dipilih sebagai calon Perdana Menteri kerana dilihat paling ‘agreeable’ untuk semua Ahli Parlimen.

“Secara teknikalnya dia berada di kedudukan tertinggi selepas presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), dan dia juga sebelum ini adalah timbalan perdana menteri.

“Dengan kedudukan ini dia nampak paling dipersetujui (agreeable) bagi kami semua, jadi kami harapkan yang terbaik,” katanya.

Terdahulu, Ahli Majlis Tertinggi (AMT) UMNO menghadiri mesyuarat khas bagi membincangkan calon Perdana Menteri, untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, esok.

Mesyuarat khas yang bermula pada pukul 8 malam itu, disusuli dengan mesyuarat bersama Ahli Parlimen BN.

— BERNAMA

UTAMAPOLITIKAhli Parlimen BN sahkan Ismail Sabri calon Perdana Menteri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium