GAYA HIDUPSelamat Bernikah, Elisya Sandha Kini Bergelar Menantu Sheila Rusly

Selamat Bernikah, Elisya Sandha Kini Bergelar Menantu Sheila Rusly

Pelakon Elisya Sandha selamat bernikah dengan anak sulung pelakon dan penerbit, Sheila Rusly iaitu Uzair Haqimy sebentar tadi.

Adik kepada aktres Fasha Sandha ini berkongsi foto hari bahagianya di laman Instagram.

“Allah adalah sebaik-baik perancang. Syukur Alhamdulillah,” tulis Elisya.

Selaras dengan norma baharu, majlis pernikahan pelakon drama bersiri Hello Jangan Tapau Cintaku ini turut disaksikan oleh keluarga, saudara mara dan teman-teman secara atas talian.

Fasha turut berkongsi video hari bahagia Elisya menerusi hantaran terbaru yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

“Melepaskan adik bongsuku dalam norma baharu. Biar dalam sederhana, tetapi bahagia,” tulis Fasha.

Terdahulu, Elisya mengikat tali pertunangan dengan Haqimy dalam sebuah majlis kecil yang berlangsung pada 31 Januari lalu.

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

Takhta Negeri Sembilan kembali ke Pangkuan Adat, manakala ‘Pakar Perlembagaan’ menangis di sudut

Wawa, Aeril menjadi artis Malaysia pembayar zakat tertinggi

Terkini:

MMK Negeri Sembilan sahkan penurunan takhta Tuanku Muhriz

Mengenai kami